JPA buka permohonan Dermasiswa B40 untuk lepasan SPM 2025

PUTRAJAYA – Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) membuka permohonan Program Dermasiswa B40 (DB40) Tahun 2026 kepada lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 daripada keluarga berpendapatan rendah (B40) yang berhasrat melanjutkan pengajian ke peringkat diploma di institusi pengajian tinggi (IPT) dalam negara.

JPA dalam satu kenyataan memaklumkan, permohonan dibuka mulai 3 Ogos pada jam 2 petang hingga 16 Ogos, jam 5 petang menerusi Portal Penajaan JPA.

“Program DB40 merupakan inisiatif kerajaan bagi memperluas akses kepada pendidikan tinggi kepada pelajar daripada keluarga B40 melalui tajaan berbentuk dermasiswa.

“Program berkenaan melibatkan beberapa institusi termasuk Universiti Awam (UA), Politeknik, institusi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) MARA serta Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) terpilih.

“Antara bidang pengajian yang ditawarkan ialah Kejuruteraan dan Teknologi, TVET, Sains Sosial dan Sastera, Sains serta Seni Bina,” menurut kenyataan itu.

Bagi melayakkan diri, pemohon mestilah warganegara Malaysia yang menduduki peperiksaan SPM 2025 buat kali pertama, berumur di bawah 19 tahun atau di bawah 20 tahun bagi pelajar aliran peralihan serta mempunyai pendapatan per kapita keluarga dalam kategori B40, iaitu RM5,249 sebulan dan ke bawah.

Selain itu, pemohon perlu bebas daripada penyakit kronik atau penyakit berjangkit yang boleh menjejaskan pengajian, manakala ibu bapa dan/atau pemohon tidak boleh disenarai hitam atau sedang berdepan tindakan undang-undang oleh JPA.

Semakan status senarai hitam boleh dibuat melalui sistem eSILA sehingga 12 Ogos 2026.

Maklumat lanjut boleh diperoleh dengan menghubungi talian 03-8000 8000 atau melalui e-mel dermasiswa2026@jpa.gov.my pada waktu pejabat.

Related Posts

Pengeluaran jagung bijian tempatan mampu bantu stabilkan harga ayam, telur

SEPANG – Harga produk asas seperti ayam dan telur dijangka mampu stabil apabila pengeluaran jagung bijian tempatan secara berskala besar dilaksanakan. Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tahap integriti penjawat awam makin baik

KUALA LUMPUR – Tahap integriti dalam kalangan penjawat awam menunjukkan trend peningkatan yang positif, susulan pelbagai inisiatif dan mekanisme pengukuhan nilai yang diperkenalkan kerajaan bagi memperkasakan perkhidmatan awam. Ketua Setiausaha…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

  • By Fandi
  • August 17, 2026
LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok