Sistem KLIA perlu diperkasa secara holistik, pragmatik

PUTRAJAYA – Terdapat keperluan untuk menubuhkan pasukan siasatan bebas dalam menyiasat  penyeludupan dadah membabitkan seorang pembantu juruterbang tempatan bagi menilai semula keseluruhan prosedur sedia ada.

Presiden Pemerhati Rasuah Malaysia (MCW), Jais Abdul Karim berkata, siasatan perlu terarah kepada kelemahan sistem keselamatan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Menurut beliau, siasatan tidak seharusnya tertumpu terhadap mana-mana individu mahupun agensi namun perlu memberi keutamaan kepada sistem keselamatan lapangan terbang.

“Bagi MCW, isu sebenar bukanlah menentukan agensi mana yang bertanggungjawab, tetapi bagaimana dadah dalam kuantiti yang begitu besar didakwa boleh melepasi sistem keselamatan sebuah lapangan terbang antarabangsa.

“Jika semua prosedur dipatuhi tetapi ancaman masih gagal dikesan, maka prosedur perlu dinilai semula secara menyeluruh.  

Justeru, penubuhan pasukan siasatan bebas dapat mengenal pasti sama ada wujud kelemahan teknologi, kecuaian manusia atau unsur jenayah terancang,” katanya menerusi kenyataan kepada The Malaysia Press (TMP), pada Rabu.

Dalam pada itu, Jais menyeru masyarakat awam untuk tidak membuat sebarang spekulasi terhadap mana-mana syarikat penerbangan atau individu sehingga siasatan selesai bagi memastikan prinsip keadilan dan proses undang-undang dapat dihormati.

“Kes ini bukan sekadar melibatkan seorang juruterbang. Ia menyentuh kredibiliti sistem keselamatan negara, reputasi industri penerbangan Malaysia dan keyakinan masyarakat antarabangsa terhadap integriti pintu masuk negara.

“Integriti bukan diukur apabila sistem berfungsi dalam keadaan biasa tetapi apabila sistem berjaya menghalang jenayah daripada melepasi setiap lapisan kawalan. Jika terdapat kelemahan, ia mesti diperbetulkan dengan segera, telus dan tanpa kompromi,” katanya.

Sebelum ini, Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) memaklumkan, juruterbang terbabit telah melepasi semua pemeriksaan keselamatan di KLIA manakala pemeriksaan bagasi berada di bawah tanggungjawab Aviation Security (AVSEC).

Related Posts

Pengeluaran jagung bijian tempatan mampu bantu stabilkan harga ayam, telur

SEPANG – Harga produk asas seperti ayam dan telur dijangka mampu stabil apabila pengeluaran jagung bijian tempatan secara berskala besar dilaksanakan. Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tahap integriti penjawat awam makin baik

KUALA LUMPUR – Tahap integriti dalam kalangan penjawat awam menunjukkan trend peningkatan yang positif, susulan pelbagai inisiatif dan mekanisme pengukuhan nilai yang diperkenalkan kerajaan bagi memperkasakan perkhidmatan awam. Ketua Setiausaha…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

  • By Fandi
  • August 17, 2026
LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok