Maritim Pahang rampas bot nelayan Vietnam, hasil tangkapan

KUANTAN – Hampir satu tan hasil laut dirampas susulan penahanan sebuah bot nelayan asing Vietnam yang disyaki menceroboh perairan negara dan menjalankan aktiviti penangkapan ikan secara haram di kedudukan 102 batu nautika timur laut Pelabuhan Kuantan, di sini, Isnin lalu.

Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Pahang, Laksamana Pertama Maritim Mazlan Mat Rejab berkata, bot terbabit dikesan dalam keadaan mencurigakan sebelum dipintas dan ditahan jam 2.40 pagi.

“Ketika digeledah, berlaku tindakan agresif daripada kru yang menyebabkan pergelutan.

“Bagaimanapun, keadaan dapat dikawal hasil tindakan pantas dan profesional anggota Maritim Malaysia.

“Pemeriksaan mendapati vesel itu dikendalikan 18 kru warga Vietnam termasuk seorang tekong.

“Bot disyaki melakukan kesalahan mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Perikanan 1985 kerana menangkap ikan dan gagal melaporkan ketibaan di perairan perikanan Malaysia tanpa kebenaran Ketua Pengarah Perikanan,” katanya, lapor Berita Harian.

Beliau berkata, bot terbabit bersama kira-kira 1,000 kilogram hasil laut serta semua kru diiring ke Jeti Zon Maritim Kemaman, Terengganu sebelum diserahkan kepada Pegawai Penyiasat Maritim Malaysia untuk tindakan lanjut.

“Nilai keseluruhan rampasan termasuk vesel dan hasil tangkapan dianggarkan melebihi RM6 juta,” katanya.

Related Posts

Sebelah mata tidak melihat, impian Nurhadrieyana tetap terang

KOTA KINABALU – Ketika kanak-kanak lain seusianya bebas bermain tanpa memikirkan apa-apa, satu kejadian ketika berusia empat tahun mengubah kehidupan Nurhadrieyana Paiman.‎‎Insiden tercucuk pensil menyebabkan penglihatan mata kirinya terjejas, sekali…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Hari Malaysia medan muhasabah nasional, bina masyarakat matang

KUCHING – Hari Malaysia perlu dijadikan medan muhasabah nasional untuk menilai sejauh mana negara berjaya membina masyarakat yang matang, berwibawa dan berjiwa besar dalam mendepani cabaran semasa. Yang di-Pertua Negeri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sebelah mata tidak melihat, impian Nurhadrieyana tetap terang

Sebelah mata tidak melihat, impian Nurhadrieyana tetap terang

Bil elektrik naik? TNB jelaskan mekanisme AFA dan faktor penggunaan

Bil elektrik naik? TNB jelaskan mekanisme AFA dan faktor penggunaan

Hari Malaysia medan muhasabah nasional, bina masyarakat matang

Hari Malaysia medan muhasabah nasional, bina masyarakat matang

Jika benar-benar kuat, UMNO perlu bertanding solo di Melaka – Tajuddin

Jika benar-benar kuat, UMNO perlu bertanding solo di Melaka – Tajuddin

Malaysia-Maldives perluas kerjasama pertahanan, hal ehwal Islam – PM

Malaysia-Maldives perluas kerjasama pertahanan, hal ehwal Islam – PM

Malaysia beri lampu hijau prinsip kemudahan AS$100 juta untuk Maldives – PM

Malaysia beri lampu hijau prinsip kemudahan AS$100 juta untuk Maldives – PM