Istiadat bersanding Tengku Puteri Afzan, FD Izham penuh tradisi

KUANTAN – Istiadat persandingan anakanda Sultan Pahang, Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah, dengan pasangannya, FD Idzham FD Iskandar, berlangsung dengan penuh tradisi di Balai Mahkota, Istana Abdulaziz, malam tadi.

Istiadat perkahwinan diraja itu disaksikan Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Turut berangkat Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah dan Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah, selain dihadiri Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail serta Siti Hediati Hariyadi yang juga anak bekas Presiden Indonesia, Suharto.

Istiadat bermula jam 8.30 malam selepas Tengku Puteri Afzan yang juga kembar Tengku Panglima Perang Tengku Ahmad Ismail Mu’adzam Shah, dibawa masuk ke Balai Mahkota disusuli ketibaan pengantin lelaki diiringi paluan kompang, lapor Bernama.

FD Idzham kemudian menghampiri Tengku Puteri Afzan dan menyerahkan ‘sirih lat-lat’ yang kelihatan seolah-olah sejambak bunga kecil, kepada isterinya yang menanti di peterana.

Majlis diteruskan dengan istiadat menyuap nasi semangat atau pulut kuning antara pasangan pengantin yang disempurnakan kekanda Sultan Pahang, Tengku Puteri Seri Lela Wangsa Tengku Tan Sri Dr Meriam Sultan Ahmad Shah.

Sejurus kemudian, istiadat bersanding dan merenjis dizahirkan Al-Sultan Abdullah diikuti Tunku Azizah, Sultanah Zahirah, Tengku Hassanal serta kekanda-kekanda Tengku Puteri Afzan yang mengenakan baju Melayu berwarna biru.

Ibu bapa pengantin lelaki, iaitu Datuk Seri Fateh Iskandar Mohamed Mansor dan Datin Seri Hafizah Mohd Zakaria, serta datuk dan nenek FD Idzham, iaitu Tan Sri Mohamed Mansor Fateh Din serta Puan Sri Zainun Yaacob, turut merenjis pasangan mempelai.

Turut merenjis pasangan itu ialah Siti Hediati Hariyadi, Wan Rosdy dan isterinya, Datin Seri Burhah Mohammed.

Majlis diakhiri dengan meletakkan peralatan istiadat, iaitu pancabicara sebagai tanda merestui pasangan itu, yang disempurnakan oleh Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah, diikuti bacaan doa oleh Mufti Pahang, Profesor Datuk Dr Asmadi Mohamed Naim.

Related Posts

Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan bermesyuarat esok – Hannah Yeoh

KUALA LUMPUR – Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan akan mengadakan mesyuarat pada Jumaat ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh. Beliau mengesahkan mesyuarat itu dijadual berlangsung pada…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Azeez tidak disambung reman, dijangka bebas petang ini

KUALA LUMPUR – Bekas Pengerusi Lembaga Tabung Haji (TH), Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim dijangka dibebaskan selepas tempoh reman dua hari bagi membantu siasatan kes penipuan berkaitan pemberian hibah…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Anwar pengerusi mesyuarat MTPMA63, lawat PPS Kampung Numbak

Anwar pengerusi mesyuarat MTPMA63, lawat PPS Kampung Numbak

Permohonan pengampunan Najib ditangguhkan ke Mesyuarat Lembaga Pengampunan akan datang

Permohonan pengampunan Najib ditangguhkan ke Mesyuarat Lembaga Pengampunan akan datang

Pantai Timur potensi jadi destinasi pelaburan lebih besar

Pantai Timur potensi jadi destinasi pelaburan lebih besar

United buka kempen Liga Juara-Juara, tewaskan juara Azerbaijan 4-0

United buka kempen Liga Juara-Juara, tewaskan juara Azerbaijan 4-0

HTF30 kemuka laporan interim hala tuju baharu FELDA kepada PM hujung bulan

HTF30 kemuka laporan interim hala tuju baharu FELDA kepada PM hujung bulan

Aset RM2.08 juta dirampas, dua lelaki ditahan disyaki seleweng diesel

  • By Fandi
  • September 11, 2026
Aset RM2.08 juta dirampas, dua lelaki ditahan disyaki seleweng diesel