BUKIT RAMBAI – Kepimpinan yang merentasi Laut China Selatan serta batas perkauman menjadi antara keistimewaan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam membina keyakinan rakyat dan pemimpin di seluruh negara.
Veteran tentera, Abu Samad Bidin berkata, pendekatan Perdana Menteri yang tidak membezakan kaum atau wilayah memperlihatkan usaha untuk memastikan seluruh rakyat Malaysia menikmati hasil kemakmuran negara secara adil.
Menurut beliau, Ahli Parlimen Tambun itu dilihat berusaha memastikan setiap rakyat menikmati kemakmuran dan kekayaan negara tanpa mengira sama ada mereka menetap di Semenanjung, Sabah mahupun Sarawak.
“Apa yang dibawa oleh Datuk Seri Anwar ni, dia kalau boleh hendak rakyat merasai apa yang ada kata orang apa, keberuntungan bumi Malaysia inilah. Dia tak kira Sabah, Sarawak, kan? Keadilan, ha tu yang dia buat.
”Pada masa sama, dia bila dia berucap, dia tidak pernah menggunakan mengutuk mana-mana kaum lah, kan? Semua dia menganggap Cina ke, India ke, Iban ke, Melayu ke, anak Malaysia, anak dia. Ha tu jadi di situ keistimewaan dia,” katanya ketika ditemui The Malaysia Press (TMP), pada Isnin.
Dalam pada itu, Abu Samad berpandangan, usaha kerajaan melaksanakan perkara terkandung dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dalam tempoh kurang lima tahun pentadbiran memperlihatkan komitmen menjaga kepentingan Sabah dan Sarawak.
Beliau berkata, pendekatan itu menjadi antara faktor pemimpin dari kedua-dua wilayah berkenaan memberikan keyakinan dan sokongan kepada kepimpinan Anwar.

“Pemimpin macam Sabah dan Sarawak, dia melihat pada itu. Justeru, di situlah keyakinan pemimpin Sabah dan Sarawak memberi sokongan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.
”Beliau juga pegang tak sampai lima tahun, dia dah boleh melaksanakan apa yang apa yang terdapat di dalam Perjanjian Malaysia Sabah dan Sarawak,” katanya.
Mengulas peribadi Perdana Menteri, Abu Samad menyifatkan Anwar sebagai pemimpin yang mempunyai sikap rendah diri dan tidak menjadikan kedudukannya sebagai penghalang untuk mendekati rakyat.
Beliau berkata, sikap itu dapat dilihat menerusi tindakan Anwar ketika menghadiri program di Krubong, Melaka, apabila memberi ruang kepada seorang kanak-kanak berbangsa India untuk mendekatinya.
“Dia very humble-lah, kan. Ha. Kita nak cari pemimpin macam tulah. Kan? Kalau kata orang dulu-dulu kata, ular menyusur akar takkan hilang bisanya.
“Saya melihat cara beliau berinteraksi dengan rakyat, saya berpendapat beliau seorang yang sangat merendah diri.
“Kita mahu pemimpin seperti itu kerana kedudukan tinggi tidak sepatutnya menyebabkan seseorang lupa kepada rakyat,” katanya.


