Malaysia pertimbang bawa lagi rakyat Palestin untuk dirawat – Anwar

MALAYSIA sedia berbincang untuk membawa masuk lagi rakyat Palestin yang tercedera untuk dirawat di negara ini, jika ada keperluan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, bagaimanapun setakat ini, kerajaan tidak mempunyai sebarang perbincangan mengenai fasa seterusnya, untuk membantu warga Palestin yang cedera.

“Setakat ini, (fasa seterusnya) tidak ada perkembangan, sebabnya fasa pertama adalah perubatan (rakyat Palestin cedera yang dibawa ke Malaysia), yang telah baik (sembuh) akan dihantar balik. Jadi kita ambil pendekatan aman dan tenang sekejap.

“Kita nanti (akan) runding dengan Mesir yang telah menampung, Arab Saudi, Turkiye, Qatar, kita tengok kalau ada keperluan kita boleh bincang.

“Setakat ini kita nak rawat dan bagi diorang (mereka) sihat dahulu. Kita akan bincang dan sekarang terlalu awal,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Muktamar Masjid Se-Malaysia untuk al-Aqsa dan Palestin, pada Ahad.

Pada 16 Ogos lalu, seramai 41 rakyat Palestin yang cedera akibat serangan Israel di Semenanjung Gaza, dengan diiringi 86 waris mereka selamat tiba di Pangkalan Tentera Udara (PTU) Subang.

Ketibaan mereka dengan menaiki dua pesawat A-400M milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) turut disambut Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Duta Palestin ke Malaysia, Walid Abu Ali.

Related Posts

Kerajaan MADANI pastikan semua kaum, aliran pendidikan terbela – PMX

ALOR GAJAH – Kerajaan MADANI akan terus memastikan keperluan semua kaum serta aliran pendidikan di negara ini diberi perhatian secara seimbang tanpa meminggirkan mana-mana pihak, kata Perdana Menteri, Datuk Seri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Lawatan ke ESS Zone ruang wakil asing nilai tahap keselamatan Sabah Timur

SANDAKAN – Program lawatan ke Zon Selamat Timur Sabah (ESS Zone) yang disertai 14 wakil diplomatik dan perwakilan asing memberi peluang kepada wakil asing melihat sendiri tahap keselamatan, keamanan dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kerajaan MADANI pastikan semua kaum, aliran pendidikan terbela – PMX

Kerajaan MADANI pastikan semua kaum, aliran pendidikan terbela – PMX

Lawatan ke ESS Zone ruang wakil asing nilai tahap keselamatan Sabah Timur

Lawatan ke ESS Zone ruang wakil asing nilai tahap keselamatan Sabah Timur

Peruntukan pertahanan dijangka terus dipertingkat dalam Belanjawan 2027 – Anwar

Peruntukan pertahanan dijangka terus dipertingkat dalam Belanjawan 2027 – Anwar

Pelancong asing salah guna PLS untuk berniaga dikenakan tindakan tegas – Saifuddin

Pelancong asing salah guna PLS untuk berniaga dikenakan tindakan tegas – Saifuddin

Bukan salah bangsa, tetapi cara kita berfikir

Bukan salah bangsa, tetapi cara kita berfikir

Pahang peruntuk RM12 juta untuk SUKMA, Para SUKMA Selangor

Pahang peruntuk RM12 juta untuk SUKMA, Para SUKMA Selangor