Peniaga rugi hampir RM200,000 terpedaya ‘phone scam’

PONTIAN – Seorang peniaga wanita kerugian sehingga RM188,350 selepas diperdaya oleh sindiket ‘phone scam’ bulan lalu.

Ketua Polis Daerah Pontian, Superintenden Mohammad Shofee Tayib berkata, mangsa berusia 44 tahun itu mendakwa menerima panggilan telefon daripada seorang individu yang menyamar dirinya sebagai pegawai polis.

“Panggilan pertama direkodkan pada 21 Julai apabila suspek mengatakan mangsa terlibat dengan kes penipuan dalam talian.

“Mangsa seterusnya diarahkan untuk memindahkan kesemua wang dalam akaun miliknya kepada seorang individu yang kononnya berperanan sebagai juruaudit pihak Bank Negara Malaysia (BNM),” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurut Mohammad Shofee, mangsa kemudian membuat transaksi berjumlah RM188,350 kepada individu terbabit pada 26 Julai lalu.

Kata beliau, mangsa bagaimanapun menyedari bahawa dirinya ditipu selepas kesemua wang miliknya yang telah dipindahkan ke akaun berkenaan tidak dipulangkan.

Mangsa kemudian membuat laporan polis dan kes disiasat di bawah Sekysen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih 10 tahun dengan sebatan dan juga denda.

Related Posts

Proklamasi 19 April tidak sah, MB dan MMK tiada kuasa kosongkan jawatan YDPB – AGC

PUTRAJAYA – Jabatan Peguam Negara (AGC) berpandangan Proklamasi mengenai kedudukan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir bertarikh 19 April 2026 adalah tidak sah kerana tidak mematuhi kehendak…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Hujan berterusan jejas kerja pembaikan, landasan KKIA masih ditutup

KOTA KINABALU – Landasan Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) masih ditutup sementara bagi membolehkan kerja pembaikan penting diselesaikan dengan selamat, dengan 20 penerbangan terjejas setakat hari ini. Malaysia Airports…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Proklamasi 19 April tidak sah, MB dan MMK tiada kuasa kosongkan jawatan YDPB – AGC

Proklamasi 19 April tidak sah, MB dan MMK tiada kuasa kosongkan jawatan YDPB – AGC

Hujan berterusan jejas kerja pembaikan, landasan KKIA masih ditutup

  • By Ezmie
  • September 17, 2026
Hujan berterusan jejas kerja pembaikan, landasan KKIA masih ditutup

Kerajaan perluas subsidi elektrik, lindungi penggunaan hingga 800 kWj – PM Anwar

Kerajaan perluas subsidi elektrik, lindungi penggunaan hingga 800 kWj – PM Anwar

Galeri Polis Sabah dibuka kepada awam

Galeri Polis Sabah dibuka kepada awam

Hari Malaysia wadah perbaharui kebersamaan rakyat

Hari Malaysia wadah perbaharui kebersamaan rakyat

Hanya berani cakap, tidak berani buat – AMK

Hanya berani cakap, tidak berani buat – AMK