Wanita maut, dua cedera rumah dirempuh treler

PEKAN – Seorang wanita ditemukan maut di bawah runtuhan manakala dua cedera selepas rumah didiami dirempuh treler terbabas di Kampung Ketapang Hilir, Pekan, Pahang pada pagi Sabtu.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Ismail Abdul Ghani berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian jam 4.46 pagi.

Beliau berkata, anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pekan dan Peramu tiba di lokasi kira-kira lima minit kemudiannya.

“Ketika tiba, pihak bomba dilaporkan seorang mangsa perempuan tertimbus di bawah runtuhan sebelum operasi pencarian digerakkan.

“Hasil pencarian dijalankan, mangsa yang dilaporkan tertimbus berjaya ditemui di bawah treler di bahagian hadapan dan dikeluarkan menggunakan peralatan menyelamat.

“Mangsa yang disahkan telah meninggal dunia diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Katanya dalam kejadian jam 4.46 pagi itu, treler membawa barangan pelbagai terbabas dan melanggar rumah jenis separuh kekal didiami lima individu, dua penghuni rumah itu selamat manakala dua lagi cedera.

“Pemandu treler dan kelindan turut cedera. Kesemua mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Pekan untuk menerima rawatan,” katanya.

Related Posts

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

KERALAM (INDIA) – Pertemuan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan Mufti Besar India, Sheikh Abubakr Ahmad dijadual berlangsung di Keralam (sebelum ini dikenali sebagai Kerala) esok, dalam rangka lawatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Semikonduktor lonjak kerjasama industri Malaysia-India

NEW DELHI – Kerjasama dalam industri semikonduktor menjadi antara tumpuan perbincangan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan rakan sejawatannya dari India, Narendra Modi, dalam usaha memperluas perkongsian ekonomi Malaysia-India.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

Semikonduktor lonjak kerjasama industri Malaysia-India

Semikonduktor lonjak kerjasama industri Malaysia-India

Malaysia perluas pasaran Afrika menerusi kerjasama Ethiopia

Malaysia perluas pasaran Afrika menerusi kerjasama Ethiopia

Anwar seru diplomasi, elak ketegangan berterusan di Asia Barat

Anwar seru diplomasi, elak ketegangan berterusan di Asia Barat

Jangan sekadar berkokok, kalau berani tarik sokongan

Jangan sekadar berkokok, kalau berani tarik sokongan