Pindaan Akta MARA benteng undang-undang perkukuh agenda Bumiputera

KUALA LUMPUR – Pindaan Akta Majlis Amanah Rakyat (MARA) 1966 akan berfungsi sebagai benteng pertahanan perundangan bagi memastikan agenda pemerkasaan bumiputera kekal utuh, meskipun berlaku perubahan kepemimpinan negara.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, ia bertujuan meletakkan asas tata kelola dan peraturan lebih ketat supaya hala tuju MARA kekal konsisten dalam memartabatkan kepentingan bumiputera tanpa dipengaruhi faktor politik.

“Kita tidak mahu agenda MARA ditukar kerana bertukar kepimpinan. Kita mahu ia terus menjaga agenda bumiputera walau siapapun yang memimpin ketika itu.

“Saya telah memberi tempoh hingga akhir tahun ini agar (draf pindaan) Akta Mara ini dipersiapkan dan dibentangkan dalam sidang Parlimen,” katanya ketika berucap pada Majlis Sambutan 60 Tahun MARA di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), pada Ahad.

Turut hadir, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pengerusi MARA, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata, pengukuhan akta itu amat kritikal bagi menutup ruang ketirisan serta kebocoran dana, memandangkan MARA kini memikul amanah besar dengan nilai aset keseluruhan mencecah RM23 bilion.

Pada masa sama, Ahmad Zahid turut berkongsi hasrat untuk MARA menjadi organisasi mandiri menjelang penubuhannya ke-100 tahun tanpa perlu bergantung kepada peruntukan kerajaan.

Menurut beliau, impiannya adalah untuk meletakkan MARA ke tahap mampu menjana pendapatan hasil pelaburan strategiknya sendiri dan terus membantu golongan bumiputera.

Sementara itu, Asyraf Wajdi dalam ucapannya berkata, pindaan Akta MARA yang kini di peringkat akhir, memberi tumpuan kepada keperluan termasuk memperluas mandat, memperkukuh tadbir urus berteraskan integriti dan kekal menjunjung aspirasi Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan.

Menurut beliau, semua aspek itu akan menunjangi pelan transformasi MARA seperti diarah Ahmad Zahid dan agensi itu kini berada di fasa terakhir bagi meneliti semula Akta MARA yang telah berusia enam dekad.

Beliau berkata, langkah itu bertujuan meletakkan asas perundangan yang lebih kukuh bagi memperkasakan aspek tata kelola dan tadbir urus institusi berkenaan agar kekal berintegriti dalam jangka masa panjang. 

“Aspek paling penting untuk kita pinda dan letakkan asas supaya biarpun pemimpin boleh datang dan pergi tetapi asas penting dari segi tadbir urus, dari segi tata kelola supaya tidak berlaku kecurangan, tidak berlaku pemborosan, tidak berlaku ketirisan ini dapat kita atur dengan sempurna.

“Intipati pindaan akta serta pelan transformasi tersebut akan dibentangkan oleh Ahmad Zahid kepada Perdana Menteri dalam masa terdekat,” katanya.

MARA kini dipacu dengan hala tuju baharu berteraskan tujuh tujahan strategik bagi tempoh 40 tahun akan datang.

Pindaan ini melengkapkan kerangka tujahan ketujuh menegaskan kepentingan integriti, ketelusan serta tadbir urus yang baik bagi memastikan setiap inisiatif pembangunan dilaksanakan secara amanah, berkesan dan memberi manfaat kepada rakyat.

Sepanjang enam dekad, MARA merekodkan pencapaian signifikan dengan melahirkan lebih dari 1.3 juta usahawan, menyokong 357,863 Perusahaan Mikro, Kecil Dan Sederhana (PMKS) Bumiputera dalam negara serta menaja 1.88 juta pelajar termasuk ke luar negara serta menyumbang sekitar 30 peratus tenaga kerja mahir serta separa mahir negara.

Related Posts

FAMA laksana intervensi pasaran untuk stabil harga cili merah

KUALA LUMPUR – Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) melaksanakan intervensi pasaran bagi menstabilkan harga cili merah di Pulau Pinang susulan penurunan ketara harga ladang sejak awal tahun ini. Langkah itu…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerajaan sasarkan gaji bulanan RM3,500 menjelang 2030

KUALA LUMPUR – Kerajaan menyasarkan gaji penengah bulanan di Malaysia mencapai RM3,500 menjelang 2030, selain meningkatkan sumbangan pampasan pekerja kepada 40 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). Menteri Sumber…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

‎108 pelajar Matunggong terima insentif SPM, bukti peningkatan luar bandar

‎108 pelajar Matunggong terima insentif SPM, bukti peningkatan luar bandar

Pindaan Akta MARA benteng undang-undang perkukuh agenda Bumiputera

Pindaan Akta MARA benteng undang-undang perkukuh agenda Bumiputera

Jangan cipta naratif “zero sum game”, keharmonian negara boleh terjejas

Jangan cipta naratif “zero sum game”, keharmonian negara boleh terjejas

Lambakan maklumat: Rakyat perlu bijak beza wartawan dan netizen

Lambakan maklumat: Rakyat perlu bijak beza wartawan dan netizen

Ziarah Shifa Sejahtera MADANI santuni pesakit strok di Dungun

Ziarah Shifa Sejahtera MADANI santuni pesakit strok di Dungun

Kerajaan MADANI tidak pernah angkat elitisme, paling lantang pertahan agenda Bumiputera

Kerajaan MADANI tidak pernah angkat elitisme, paling lantang pertahan agenda Bumiputera