Kerajaan MADANI tidak pernah angkat elitisme, paling lantang pertahan agenda Bumiputera

KUALA LUMPUR – Kerajaan MADANI lebih lantang dan berani dalam usaha memperkasakan agenda Bumiputera dan tidak pernah mendukung elitisme hingga meminggirkan kepentingan golongan itu seperti yang didakwa sesetengah pihak.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, rekod pentadbiran setakat ini menjadi bukti jelas bahawa kebajikan dan hak masyarakat Bumiputera sentiasa menjadi keutamaan yang diperjuangkan secara konsisten.

“Sebab itu dalam gagasan kita, saya nak sebut dalam Kerajaan Madani, tidak ada sama sekali pandangan mendukung elitisme semata-mata atau meminggirkan kepentingan Bumiputera seperti yang diandaikan oleh sebahagian orang.

“Malah saya nak tekankan, saksinya Datuk Seri Zahid (Hamidi), tiga tahun Kerajaan Madani, program Bumiputera itu lebih lantang, lebih tegas, lebih berani daripada sebelumnya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Sambutan 60 Tahun MARA di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), pada Ahad.

Mengulas mengenai kerangka pemikiran besar kerajaan, Anwar yang juga Menteri Kewangan menjelaskan, sokongan terhadap aspek kecemerlangan tidak bermakna peluang untuk Bumiputera dikurangkan.

Menurut beliau, ia termasuklah keputusan kerajaan baru-baru ini yang memberikan tempat automatik di universiti kepada semua pelajar yang memperoleh keputusan 10A ke atas tanpa mengira latar belakang.

“Dalam masa yang sama, 90 peratus anak Bumiputera turut diberikan peluang melalui program matrikulasi, sekali gus mencerminkan pendekatan inklusif kerajaan.

“Justeru, dalam perbahasan, jangan hanya memilih satu aspek sahaja tanpa melihat keseluruhan dasar secara menyeluruh, jangan cetuskan persepsi persaingan ‘zero-sum game’ (permainan sifarjumlah),” katanya.

Perdana Menteri turut memberi jaminan dasar pokok itu tidak berubah, namun perlu ada kewarasan dan kebijaksanaan dalam melaksanakan sesuatu agenda.

Katanya, ia disebabkan Malaysia harus terus aman dengan menggarap kekuatan semua pihak dan memberi ruang supaya dapat memastikan setiap warganegara berasa selesa dengan diberi pengiktirafan sewajarnya.

“Itu prasyarat tetapi negara ini tidak akan berganjak daripada dasar ‘justice as fairness’ (keadilan sebagai kesaksamaan) memberi ruang dan keadilan terutama bagi masyarakat terpinggir, yang terabai dan faham bahawa tidak mungkin ada kestabilan politik, kalau tidak terjamin masyarakat, (jika) majoriti yang rata-rata lebih miskin,” katanya.

Anwar berkata, sepanjang tiga tahun pentadbiran, pelbagai keputusan penting termasuk bersifat kontroversi berjaya dicapai antaranya pengisytiharan Tanah Rizab Melayu yang merupakan antara langkah pertama seumpamanya dilakukan sejak 1997.

“Dalam pendidikan, peranan MARA terus diperkukuh dengan peningkatan peruntukan kepada RM43 bilion, yang memberi manfaat kepada lebih 1.8 juta pelajar termasuk melalui pendekatan seperti Ulul Albab, membuktikan pelajar bumiputera mampu cemerlang dalam sistem pendidikan yang menyeluruh serta seimbang antara ilmu moden dan nilai agama,” katanya.

Daripada sudut ekonomi, beliau menarik perhatian mengenai perkembangan positif pendapatan isi rumah bumiputera yang meningkat lebih 10 peratus daripada sekitar RM6,300 pada 2022 kepada RM7,000 pada 2024, meskipun mengakui masih wujud jurang yang perlu diberi perhatian.

Katanya, selain mengutamakan pembasmian kemiskinan tegar yang kini membuahkan hasil di Pahang dan Perak, kerajaan turut menambah peruntukan pembangunan bagi negeri-negeri relatif lebih miskin, termasuk yang tidak bersama Kerajaan Persekutuan menerusi peningkatan peruntukan yang signifikan.

“Peruntukan kepada kementerian berkaitan luar bandar turut ditingkatkan manakala kadar pengangguran mencatat penurunan ke paras terendah dalam tempoh 10 tahun.

“Kerajaan turut memperkenalkan pelbagai inisiatif bagi meningkatkan penyertaan bumiputera dalam sektor bernilai tinggi, melalui kerjasama agensi seperti Khazanah Nasional Berhad, Permodalan Nasional Berhad (PNB) dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

“Selain itu, kerajaan menyasarkan penguasaan bumiputera menjelang 2035 menerusi Pelan Transformasi Ekonomi Bumiputera 2035 (PuTERA35),” katanya.

Related Posts

Jangan cipta naratif “zero sum game”, keharmonian negara boleh terjejas

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim membidas segelintir pihak termasuk golongan akademik yang didakwa sengaja membina naratif mengelirukan mengenai peruntukan kuota pendidikan. Beliau mengingatkan Program Matrikulasi pada…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Anwar mahu draf pindaan Akta MARA dibentang dalam masa tiga bulan

KUALA LUMPUR – Tempoh tiga bulan diberikan untuk penyediaan draf pindaan Akta Majlis Amanah Rakyat (MARA) 1966 sebelum dibentangkan kepada Perdana Menteri. Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, MARA tidak seharusnya…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pindaan Akta MARA benteng undang-undang perkukuh agenda Bumiputera

Pindaan Akta MARA benteng undang-undang perkukuh agenda Bumiputera

Jangan cipta naratif “zero sum game”, keharmonian negara boleh terjejas

Jangan cipta naratif “zero sum game”, keharmonian negara boleh terjejas

Lambakan maklumat: Rakyat perlu bijak beza wartawan dan netizen

Lambakan maklumat: Rakyat perlu bijak beza wartawan dan netizen

Ziarah Shifa Sejahtera MADANI santuni pesakit strok di Dungun

Ziarah Shifa Sejahtera MADANI santuni pesakit strok di Dungun

Kerajaan MADANI tidak pernah angkat elitisme, paling lantang pertahan agenda Bumiputera

Kerajaan MADANI tidak pernah angkat elitisme, paling lantang pertahan agenda Bumiputera

Treler terbabas lintang jalan, trafik sesak 7 kilometer di Gua Musang

Treler terbabas lintang jalan, trafik sesak 7 kilometer di Gua Musang