Pelantikan hakim mahkamah atasan perlu ditangani secara cermat

PUTRAJAYA – Pelantikan hakim mahkamah atasan di Malaysia perlu ditangani dengan cermat dan secara sah supaya perjalanan kuasa oleh Yang di-Pertuan Agong tidak dipolitikkan.

Istana Negara dalam kenyataannya berkata, perkara itu mengikut Perkara 122B Perlembagaan Persekutuan bahawa pelantikan hakim dibuat oleh Agong atas nasihat Perdana Menteri setelah berunding dengan Majlis Raja-Raja.

“Pelantikan hakim-hakim mahkamah atasan adalah urusan kenegaraan yang penting serta perlu ditangani secara cermat dan integriti selaras dengan Perlembagaan Persekutuan. Perkara ini secara jelasnya menzahirkan prinsip semak dan imbang dalam sistem kehakiman negara.

“Akta Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman 2009 (Akta 695] merupakan undang-undang yang memperuntukkan proses pemilihan calon hakim, namun kuasa untuk menasihati Agong adalah terletak kepada Perdana Menteri,” katanya, pada Khamis.

Tambah Istana Negara, hal pelantikan di bawah Perlembagaan Persekutuan hendaklah ditangani secara sah supaya perjalanan kuasa oleh Agong tidak dipolitikkan oleh mana-mana pihak.

Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-269 dilapor akan bersidang pada 15 hingga 17 Julai ini bagi membincangkan mengenai kekosongan jawatan Ketua Hakim Negara dan Presiden Mahkamah Rayuan.

Pada Khamis, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said dipetik berkata, Jemaah Menteri memberi jaminan pengisian kekosongan jawatan akan dijalankan dengan mematuhi sepenuhnya Perkara 122B Perlembagaan Persekutuan.

Katanya, kerajaan mengambil maklum sepenuhnya akan perhatian dan kebimbangan orang ramai berkaitan hal pelantikan itu.

Sebelum ini, Ahli Parlimen Pandan yang juga bekas Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Rafizi Ramli bersama beberapa wakil rakyat parti itu mengadakan sidang media menuntut Suruhanjaya Siasatan Diraja ditubuhkan untuk menyiasat dakwaan berhubung pelantikan hakim.

Related Posts

Kos pengeluaran agrokomoditi meningkat susulan kenaikan input pertanian

PUTRAJAYA – Kos pengeluaran industri agrokomoditi negara meningkat susulan kenaikan ketara harga input pertanian termasuk baja NPK bagi kategori tempatan dan import yang naik sehingga 45.5 peratus, manakala racun meningkat…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sebahagian kecil produk ubat, peranti perubatan berdepan risiko tinggi

PUTRAJAYA – Sebanyak 16.8 peratus bekalan ubat negara dikenal pasti berada pada tahap risiko tinggi setakat 8 Mei dan memerlukan pemantauan serta langkah mitigasi secara berterusan susulan krisis bekalan global.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sinar harapan pesakit HIV: Rawatan moden kembalikan kualiti hidup, hentikan stigma   

Sinar harapan pesakit HIV: Rawatan moden kembalikan kualiti hidup, hentikan stigma   

Johor terima lebih RM600 juta perkukuh infrastruktur hadapi risiko banjir

Johor terima lebih RM600 juta perkukuh infrastruktur hadapi risiko banjir

UMNO Perlis mahu kemelut politik negeri dihentikan

UMNO Perlis mahu kemelut politik negeri dihentikan

Dokumentari Banjaran Nakawan tingkat kesedaran warisan Perlis

Dokumentari Banjaran Nakawan tingkat kesedaran warisan Perlis

18 ekor lembu korban disumbangkan ke Kampung, agensi

18 ekor lembu korban disumbangkan ke Kampung, agensi

Kerajaan Sabah galak wujud pusat autisme luar bandar, pedalaman

Kerajaan Sabah galak wujud pusat autisme luar bandar, pedalaman