18 ekor lembu korban disumbangkan ke Kampung, agensi

KUNAK – Sebanyak 18 ekor lembu korban diagihkan kepada beberapa kampung serta agensi di daerah ini dalam usaha menyemarakkan semangat kebersamaan dan membantu golongan memerlukan sempena Aidiladha tahun ini.

ADUN Kunak, Datuk Seri Dr Anil Sandhu berkata, agihan tersebut melibatkan kampung-kampung sekitar termasuk Kampung Bagiang selain tiga ekor diperuntukkan kepada sekolah menengah di daerah berkenaan.

“Sumbangan turut diagihkan kepada Balai Polis Kunak, Pejabat Daerah dan UPPM, Majlis Daerah serta Jabatan Kerja Raya (JKR).

“Baki lembu korban juga diagih kepada lapan Pusat Daerah Mengundi (PDM).

“Insya-Allah, kita akan terus berusaha supaya lebih banyak kampung dan masyarakat lain juga dapat menerima manfaat pada masa akan datang,” katanya menerusi satu kenyataan pada Isnin.

Anil yang juga Pembantu Menteri Pembangunan Belia, Kemajuan Sukan dan Ekonomi Kreatif Sabah berkata, usaha itu diharap dapat diperluaskan pada masa akan datang agar lebih banyak kampung dan masyarakat dapat menikmati manfaat.

“Semoga ia juga secara langsung mengeratkan ukhuwah dalam kalangan penduduk,” ujarnya.

Dalam pada itu, Anil berkata, sumbangan sebanyak RM10,000 turut diserahkan untuk disalurkan kepada Hospital Kunak bagi menjayakan program khatan beramai-ramai melibatkan 100 kanak-kanak.

“Program tersebut dijadual berlangsung pada 29 Mei ini di pekarangan Masjid Daerah Kunak, dengan harapan ia berjalan lancar serta memberi manfaat kepada komuniti setempat.

“Semoga segala urusan dipermudahkan, program berjalan lancar dan semua yang terlibat diberikan kesihatan, keberkatan rezeki serta ganjaran pahala yang berlipat ganda,” katanya.

Related Posts

Kehadiran TYT Sarawak, isteri meriahkan Mowe Nation Festival di Sibu

SIBU – Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar menyempurnakan Majlis Makan Malam sempena Mowe Nation Festival 2026 pada Sabtu malam. Ketibaan beliau bersama isteri, Toh Puan Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Polis tahan juruwang curi duit jualan dari kaunter

CAMERON HIGHLANDS – Tindakan seorang juruwang sebuah premis perniagaan di Kea Farm, Brinchang, di sini yang dipercayai beberapa kali mengambil wang hasil jualan terbongkar selepas perbuatannya dirakam kamera litar tertutup…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Elakkan daripada mencampakkan diri dalam kebinasaan

Elakkan daripada mencampakkan diri dalam kebinasaan

Kehadiran TYT Sarawak, isteri meriahkan Mowe Nation Festival di Sibu

Kehadiran TYT Sarawak, isteri meriahkan Mowe Nation Festival di Sibu

Polis tahan juruwang curi duit jualan dari kaunter

Polis tahan juruwang curi duit jualan dari kaunter

JobCare Selangor tawar lebih 10,000 peluang kerja, gaji cecah RM5,000

JobCare Selangor tawar lebih 10,000 peluang kerja, gaji cecah RM5,000

Bellingham sumbat 2 gol penting, bawa England ke separuh akhir

Bellingham sumbat 2 gol penting, bawa England ke separuh akhir

Anwar ucap tahniah kepada BN, jamin pembangunan Johor kekal jadi keutamaan

Anwar ucap tahniah kepada BN, jamin pembangunan Johor kekal jadi keutamaan