Dokumentari Banjaran Nakawan tingkat kesedaran warisan Perlis

KANGAR – Penerbitan dokumentari ‘Nakawan – The Living Soul of Perlis/Nadi Bumi Perlis’ dilihat mampu meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan memelihara warisan alam semula jadi Perlis.

Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail bertitah, dokumentari itu bukan sekadar memaparkan keindahan Banjaran Nakawan, malah membawa mesej penting mengenai nilai sebenar kawasan berkenaan kepada masyarakat.

Baginda turut menghargai usaha semua pihak yang terlibat dalam menjayakan penerbitan buku dan dokumentari tersebut.

Titah baginda dibacakan Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail ketika Majlis Pelancaran Penerbitan dan Dokumentari ‘Nakawan – The Living Soul of Perlis/Nadi Bumi Perlis’ di sini semalam.

Turut berangkat Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Dr Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Menurut kenyataan Istana Arau, Banjaran Nakawan merupakan antara khazanah alam penting negeri ini yang melambangkan kekuatan warisan dan ekosistem Perlis.

Dokumentari diterbitkan Roots & Shoots Malaysia itu menelusuri perjalanan sepanjang 36 kilometer dari Wang Kelian hingga Kuala Perlis.

Ia turut memaparkan kisah kehidupan masyarakat setempat, tradisi warisan dan keunikan landskap semula jadi di sekitar Banjaran Nakawan.

Banjaran Nakawan menjadi antara khazanah alam paling bernilai di Perlis dan sering dikaitkan dengan identiti geografi negeri itu yang kaya dengan sejarah, budaya serta biodiversiti.

Dokumentari tersebut dijangka menjadi rujukan penting dalam usaha mempromosi pemuliharaan alam semula jadi dan pembangunan pelancongan lestari di Perlis.

Related Posts

Kehadiran TYT Sarawak, isteri meriahkan Mowe Nation Festival di Sibu

SIBU – Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar menyempurnakan Majlis Makan Malam sempena Mowe Nation Festival 2026 pada Sabtu malam. Ketibaan beliau bersama isteri, Toh Puan Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Polis tahan juruwang curi duit jualan dari kaunter

CAMERON HIGHLANDS – Tindakan seorang juruwang sebuah premis perniagaan di Kea Farm, Brinchang, di sini yang dipercayai beberapa kali mengambil wang hasil jualan terbongkar selepas perbuatannya dirakam kamera litar tertutup…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Prestasi Aminuddin jadi sandaran PH hadapi PRN Negeri Sembilan – Penganalisis

Prestasi Aminuddin jadi sandaran PH hadapi PRN Negeri Sembilan – Penganalisis

Anwar hantar isyarat politik matang, komited bantu Johor – Penganalisis

Anwar hantar isyarat politik matang, komited bantu Johor – Penganalisis

Elakkan daripada mencampakkan diri dalam kebinasaan

Elakkan daripada mencampakkan diri dalam kebinasaan

Kehadiran TYT Sarawak, isteri meriahkan Mowe Nation Festival di Sibu

Kehadiran TYT Sarawak, isteri meriahkan Mowe Nation Festival di Sibu

Polis tahan juruwang curi duit jualan dari kaunter

Polis tahan juruwang curi duit jualan dari kaunter

JobCare Selangor tawar lebih 10,000 peluang kerja, gaji cecah RM5,000

JobCare Selangor tawar lebih 10,000 peluang kerja, gaji cecah RM5,000