Kerajaan Sabah galak wujud pusat autisme luar bandar, pedalaman

KUNAK – Pelbagai pihak termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO), komuniti setempat serta individu yang berkelayakan digalakkan untuk menubuhkan pusat autisme khususnya di kawasan luar bandar dan pedalaman negeri ini.

Pembantu Menteri Wanita, Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Sabah, Datuk Rina Jainal berkata, usaha itu bagi memastikan akses kepada pendidikan dan penjagaan kanak-kanak autisme dapat diperluaskan secara lebih menyeluruh.

“Ketika ini pusat autisme dikenali sebagai PAUS semakin mendapat sambutan dan kita sangat terbuka kepada mana-mana pihak yang mahu membuka francais PAUS terutama di kawasan luar bandar yang mempunyai keperluan tinggi terhadap pendidikan dan penjagaan kanak-kanak autisme.

“Selain membantu keluarga, ia juga boleh menjana ekonomi serta membuka peluang pekerjaan dalam bidang penjagaan kanak-kanak berkeperluan khas,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kukusan berkata demikian kepada media selepas merasmikan Seminar Kesedaran dan Pemerkasaan Autisme Peringkat Daerah Kunak, pada Isnin.

Menurut Rina, kementerian melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Sabah turut menyediakan latihan serta merekrut tenaga pengajar dan sukarelawan bagi memperkukuh perkhidmatan sokongan kepada kanak-kanak autisme.

“Peluang latihan turut dibuka kepada orang awam yang berminat untuk menceburi bidang penjagaan dan kerja sosial melalui kursus jangka pendek yang disediakan.

“Program kesedaran autisme juga akan terus diperluaskan ke seluruh daerah di Sabah kerana seminar seperti ini bukan sekadar memberi kesedaran, tetapi menjadi platform penting untuk ibu bapa mendapatkan ilmu dan panduan daripada pakar.

“Kita mahu kesedaran ini sampai ke kawasan pedalaman supaya ibu bapa lebih memahami keperluan anak-anak autisme yang mempunyai keunikan tersendiri dan memerlukan pendekatan berbeza,” jelasnya.

Tambah Rina, kerajaan negeri turut menyediakan subsidi RM350 kepada kanak-kanak autisme daripada keluarga B40 yang layak bagi meringankan beban kewangan keluarga.

Related Posts

Rangka disyaki tulang manusia ditemukan dalam guni di kebun

KANGAR – Satu bungkusan guni reput yang disyaki mengandungi rangka manusia ditemukan di sebuah kebun berhampiran sebuah kilang di Behor Mali, di sini, pagi tadi. Ketua Polis Daerah Kangar, Asisten…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kemalangan empat motosikal ragut nyawa pelajar politeknik

ARAU – Seorang pelajar politeknik maut selepas motosikal yang ditungganginya terbabit dalam kemalangan membabitkan empat motosikal di Jalan Changlun, Kuala Perlis berhampiran Kampung Banat, awal pagi tadi. Mangsa berusia 19…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pengundi nilailah ‘drama’ politik BN dan PN – Aminuddin

Pengundi nilailah ‘drama’ politik BN dan PN – Aminuddin

Anthony Menteri Besar Negeri Sembilan, Asyraf Wajdi terdesak hingga sanggup ‘tunggang’ politik kebencian

Anthony Menteri Besar Negeri Sembilan, Asyraf Wajdi terdesak hingga sanggup ‘tunggang’ politik kebencian

Tabung Haji bukan sekadar institusi simpanan, pikul amanah umat Islam – Sany Hamzan

Tabung Haji bukan sekadar institusi simpanan, pikul amanah umat Islam – Sany Hamzan

Rangka disyaki tulang manusia ditemukan dalam guni di kebun

Rangka disyaki tulang manusia ditemukan dalam guni di kebun

Kemalangan empat motosikal ragut nyawa pelajar politeknik

Kemalangan empat motosikal ragut nyawa pelajar politeknik

Sany Hamzan bidas Sanusi, politik matang perlu jadi budaya baharu

Sany Hamzan bidas Sanusi, politik matang perlu jadi budaya baharu