UMNO Perlis mahu kemelut politik negeri dihentikan

KANGAR – Badan Perhubungan UMNO Perlis mahu sebarang kemelut dan perbalahan politik di negeri ini dihentikan bagi memastikan kestabilan pentadbiran serta agenda pembangunan rakyat tidak terjejas.

Pengerusinya, Datuk Rozabil Abdul Rahman berkata, Perlis memerlukan sebuah kerajaan yang stabil, berfungsi dan diberikan ruang untuk melaksanakan tanggungjawab sehingga tamat tempoh mandat diberikan rakyat.

Menurut beliau, suasana politik yang stabil penting bagi memastikan segala perancangan pembangunan negeri dapat diteruskan secara teratur demi kesejahteraan rakyat.

Katanya, Perlis sebagai sebuah negeri kecil yang sedang membangun memerlukan pentadbiran yang kondusif bagi memperkukuh ekonomi negeri, menarik pelaburan serta membuka lebih banyak peluang pekerjaan.

“Keutamaan semua pihak pada ketika ini seharusnya tertumpu kepada usaha memperkukuh ekonomi negeri, menarik pelaburan, membuka peluang pekerjaan dan memastikan kesejahteraan rakyat Perlis terus terbela,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Rozabil berkata, Raja Perlis sebelum ini turut menitahkan supaya setiap projek pembangunan negeri dilaksanakan secara cekap, dipantau rapi dan disiapkan dalam tempoh munasabah supaya manfaatnya dapat dinikmati rakyat tanpa kelewatan.

Beliau berkata, cabaran ketidaktentuan ekonomi global, kenaikan harga barangan serta tekanan kos sara hidup ketika ini memerlukan kerajaan negeri memberi fokus penuh terhadap aspek pembangunan dan kebajikan rakyat.

Menurutnya, sebarang perbalahan politik berpanjangan tidak memberi manfaat kepada rakyat lebih-lebih lagi apabila kerajaan negeri hari ini terdiri daripada parti-parti dalam gabungan politik yang sama.

“Semua pihak perlu mengutamakan kepentingan negeri dan rakyat melebihi sebarang perbezaan serta kepentingan politik demi memastikan Perlis terus maju dan membangun,” katanya.

Related Posts

PH cakap rasuah, UMNO jawab soal Raja – AMK

UMNO digesa agar tidak mengheret institusi Raja dalam perbahasan mengenai rasuah dan integrity, tegas Ketua Penerangan Angkatan Muda Keadilan (AMK), Danish Hairudin. Beliau berkata, kenyataan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pasangan kekasih positif dadah ditahan selepas bergaduh

SARATOK – Sepasang kekasih ditahan polis selepas terbabit dalam pergaduhan di Kampung Gerigat, Kabong, pada Selasa. Kedua-dua suspek masing-masing lelaki tempatan berusia 31 tahun dari Kampung Nyabor dan wanita tempatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Hutang Terengganu turun, tetapi siapa yang membayarnya?

Hutang Terengganu turun, tetapi siapa yang membayarnya?

PH cakap rasuah, UMNO jawab soal Raja – AMK

PH cakap rasuah, UMNO jawab soal Raja – AMK

NRES jamin aspek adaptasi tidak diketepikan dalam RUU Perubahan Iklim Negara

NRES jamin aspek adaptasi tidak diketepikan dalam RUU Perubahan Iklim Negara

Pasangan kekasih positif dadah ditahan selepas bergaduh

Pasangan kekasih positif dadah ditahan selepas bergaduh

90 ketua cawangan Kangar tinggalkan Bersatu

90 ketua cawangan Kangar tinggalkan Bersatu

Chelsea pamer karakter pemusnah, kalahkan Leeds 6-3

Chelsea pamer karakter pemusnah, kalahkan Leeds 6-3