Op Selamat 23: Polis Perak keluar 7,746 saman

IPOH – Sebanyak 7,746 saman telah dikeluarkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) Perak sepanjang tempoh Op Selamat 23 sempena Tahun Baharu Cina bermula 28 Januari hingga 2 Februari.

Pemangku Ketua Polis Perak, Deputi Komisioner Zulkafli Sariaat berkata, saman yang dikeluarkan merangkumi pelbagai kesalahan oleh pesalah trafik.

Ujarnya, kesalahan tersebut termasuk enam kesalahan utama yang menjadi penyumbang utama kepada kemalangan jalan raya.

“Enam kesalahan utama tersebut adalah memandu melebihi had laju, memandu di lorong kecemasan, memotong di garisan berkembar, memotong barisan, tidak mematuhi lampu isyarat dan menggunakan alat telekomunikasi ketika memandu.

“Malah dalam tempoh Op Selamat 23, sebanyak 737 kes kemalangan direkodkan termasuk tujuh kes kemalangan maut melibatkan lapan kematian,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Tambah beliau, kereta merupakan kenderaan yang mencatatkan kemalangan tertinggi iaitu 922 buah manakala motosikal pula merekodkan kemalangan maut tertinggi sebanyak enam buah.

“Selain itu, tiga kes kemalangan parah, 20 kes kemalangan ringan serta 707 kes hanya melibatkan kerosakan sahaja,” jelasnya.

Namun, ujar Zulkafli lagi, Op Selamat kali ini menunjukkan penurunan sebanyak 127 kes iaitu bersamaan 15 peratus bagi kes kemalangan berbanding Op Selamat 21 yang merekodkan 891 kes.

Mengulas lanjut, beliau turut merakamkan penghargaan kepada orang ramai dalam memberikan kerjasama baik kepada PDRM dengan mematuhi undang-undang jalan raya sepanjang tempoh Op Selamat 23.

“Bagaimanapun, pengguna jalan raya di nasihatkan bagi mengamalkan pemanduan selamat dan berhemah sepanjang masa supaya kes kemalangan terutamanya dapat terus dikurangkan,” tegas beliau.

Related Posts

PDRM Kelantan beri amaran keras salah guna logo, imej Ketua Polis

KOTA BHARU – Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Kelantan mengeluarkan amaran keras terhadap mana-mana pihak yang menyalahgunakan logo rasmi pasukan itu serta imej Ketua Polis Kelantan dalam penerbitan poster, bahan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
100 mangsa ribut Kampung Melayu Raya dipindahkan, bantuan segera digembleng

PEKAN NANAS – Detik cemas melanda penduduk Kampung Melayu Raya, Pekan Nanas apabila kejadian ribut kuat menyebabkan kerosakan kediaman dan memaksa puluhan keluarga meninggalkan rumah masing-masing. Seramai 100 mangsa daripada…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Wanita PKR tegur KJ buat kenyataan dari ‘luar pagar’

Wanita PKR tegur KJ buat kenyataan dari ‘luar pagar’

Pengambilan doktor dan jururawat baharu diteruskan

Pengambilan doktor dan jururawat baharu diteruskan

Bekalan minyak dan gas Malaysia kekal terjamin, harga global jadi cabaran – PM

Bekalan minyak dan gas Malaysia kekal terjamin, harga global jadi cabaran – PM

Isu harga barangan akan dibincang dalam mesyuarat Kabinet Rabu ini

Isu harga barangan akan dibincang dalam mesyuarat Kabinet Rabu ini

PM tidak ulas isu UMNO Negeri Sembilan, kenyataan disifatkan belum jelas

PM tidak ulas isu UMNO Negeri Sembilan, kenyataan disifatkan belum jelas

PDRM Kelantan beri amaran keras salah guna logo, imej Ketua Polis

PDRM Kelantan beri amaran keras salah guna logo, imej Ketua Polis