Pengambilan doktor dan jururawat baharu diteruskan

PUTRAJAYA – Pengambilan doktor dan jururawat baharu akan tetap diteruskan meskipun kerajaan melaksanakan langkah penyelarasan perbelanjaan, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata, terdapat salah tafsir berhubung cadangan penyusunan semula bajet yang dilihat seolah-olah menjejaskan sektor penting seperti kesihatan dan pendidikan.

“Saya nak jelaskan pengambilan doktor baharu, jururawat itu tak terjejas, tak terkesan. Pembinaan klinik tak terkesan, cuma skop hospital yang mewah itu kurang,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Perhimpunan Bulanan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) di sini, hari ini.

Sebelum ini, Kementerian Kewangan mencadangkan pengurangan perbelanjaan operasi sebanyak RM5.4 bilion melibatkan sektor kesihatan dan pendidikan tinggi sebagai langkah memperkukuh kedudukan fiskal negara.

Cadangan itu dibuat berikutan keperluan menilai semula perbelanjaan kerajaan susulan peningkatan beban subsidi yang memberi tekanan kepada kewangan negara.

Menurut laporan, pengurangan berkenaan melibatkan perbelanjaan operasi kementerian terlibat, namun kerajaan memberi jaminan bahawa perkhidmatan asas tidak akan terjejas.

Dalam sektor pendidikan, beliau berkata, pembinaan sekolah dan kelas baharu bagi menampung pertambahan pelajar akan diteruskan seperti dirancang.

“Sekolah untuk kepentingan pendidikan, pembinaan kelas-kelas baharu untuk kemasukan pelajar sekarang tidak terjejas,” katanya.

Beliau menjelaskan bahawa penyelarasan perbelanjaan itu memberi tumpuan kepada pengurangan kos tidak kritikal, termasuk penganjuran kursus dan majlis secara berlebihan.

“Perbelanjaan besar-besar bagi kursus berlebih sangat… kalau kursus ada dalam negara, hantar dalam negara, tidak di luar negara.

“Majlis-majlis di hotel mewah dihentikan, dibuat di kementerian,” katanya.

Related Posts

Pelan kesinambungan bekalan minyak negara diumum pertengahan bulan ini

KUALA LUMPUR – Kerajaan dijangka mengumumkan pelan kesinambungan bekalan minyak negara pada pertengahan bulan ini susulan ketidaktentuan bekalan global akibat konflik berlarutan di Asia Barat dan penutupan Selat Hormuz. Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PM imbau kenangan bersama SMK Banggi

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengimbau kembali kenangan lawatan beliau ke Sekolah Menengah Kebangsaan Banggi ketika mengadakan kunjungan ke pulau berkenaan baru-baru ini. Menurut beliau, lawatan kali ini cukup…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Rumah api Tanjung Lobang berpotensi diperkasa sebagai tapak warisan sejarah Miri

Rumah api Tanjung Lobang berpotensi diperkasa sebagai tapak warisan sejarah Miri

Pemerkasaan pendidikan dan warisan Bidayuh harus dipelihara

Pemerkasaan pendidikan dan warisan Bidayuh harus dipelihara

Pelan kesinambungan bekalan minyak negara diumum pertengahan bulan ini

Pelan kesinambungan bekalan minyak negara diumum pertengahan bulan ini

Ceelecia dinobat Unduk Ngadau peringkat daerah Sandakan 2026

Ceelecia dinobat Unduk Ngadau peringkat daerah Sandakan 2026

Pesta Kaamatan medan erat hubungan politik tanpa mengira parti – James

Pesta Kaamatan medan erat hubungan politik tanpa mengira parti – James

PM imbau kenangan bersama SMK Banggi

PM imbau kenangan bersama SMK Banggi