PDRM Kelantan beri amaran keras salah guna logo, imej Ketua Polis

KOTA BHARU – Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Kelantan mengeluarkan amaran keras terhadap mana-mana pihak yang menyalahgunakan logo rasmi pasukan itu serta imej Ketua Polis Kelantan dalam penerbitan poster, bahan grafik dan kandungan digital tanpa kebenaran.

Dalam satu kenyataan hari ini, pihak polis memaklumkan bahawa pihaknya mengesan peningkatan penggunaan logo rasmi PDRM dan gambar pegawai kanan polis dalam pelbagai bahan penerbitan berkaitan isu semasa termasuk siasatan kes.

Menurut kenyataan itu, tindakan berkenaan bukan sahaja tidak dibenarkan, malah boleh mengelirukan orang ramai serta menjejaskan kredibiliti dan imej PDRM sebagai agensi penguatkuasaan undang-undang negara.

“Sebarang penggunaan logo rasmi PDRM dan imej pegawai kanan termasuk Ketua Polis Kelantan perlu mendapatkan kebenaran rasmi terlebih dahulu. Kegagalan berbuat demikian boleh menyebabkan tindakan undang-undang diambil,” katanya.

Tambah kenyataan itu, penyebaran maklumat tidak sahih atau palsu melalui poster dan media sosial juga merupakan satu kesalahan serius yang boleh disiasat di bawah Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan, melibatkan kenyataan yang boleh mendatangkan ketakutan atau kegentaran awam.

Selain itu, kesalahan tersebut turut tertakluk di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, yang memperuntukkan tindakan terhadap penyalahgunaan kemudahan rangkaian bagi menyebarkan kandungan jelik, palsu atau berunsur ancaman.

Sehubungan itu, PDRM Kontinjen Kelantan menegaskan tidak akan berkompromi dan akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana individu atau pihak yang didapati ingkar serta menyalahgunakan identiti rasmi pasukan tersebut.

Orang ramai turut dinasihatkan supaya lebih berwaspada dan tidak sewenang-wenangnya menghasilkan atau menyebarkan poster yang melibatkan identiti rasmi PDRM tanpa pengesahan.

Related Posts

100 mangsa ribut Kampung Melayu Raya dipindahkan, bantuan segera digembleng

PEKAN NANAS – Detik cemas melanda penduduk Kampung Melayu Raya, Pekan Nanas apabila kejadian ribut kuat menyebabkan kerosakan kediaman dan memaksa puluhan keluarga meninggalkan rumah masing-masing. Seramai 100 mangsa daripada…

Lebih lanjut

teruskan membaca
BKJ Fasa 4: Johor agih RM170 juta kepada 600,000 penerima

ISKANDAR PUTERI – Kerajaan Negeri Johor terus memperkukuh komitmen terhadap kebajikan rakyat apabila mengumumkan pelaksanaan 22 inisiatif di bawah Bantuan Kasih Johor (BKJ) Fasa Keempat dengan nilai keseluruhan melebihi RM170…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PM tidak ulas isu UMNO Negeri Sembilan, kenyataan disifatkan belum jelas

PM tidak ulas isu UMNO Negeri Sembilan, kenyataan disifatkan belum jelas

PDRM Kelantan beri amaran keras salah guna logo, imej Ketua Polis

PDRM Kelantan beri amaran keras salah guna logo, imej Ketua Polis

100 mangsa ribut Kampung Melayu Raya dipindahkan, bantuan segera digembleng

100 mangsa ribut Kampung Melayu Raya dipindahkan, bantuan segera digembleng

BKJ Fasa 4: Johor agih RM170 juta kepada 600,000 penerima

BKJ Fasa 4: Johor agih RM170 juta kepada 600,000 penerima

KPK komited perkasa industri lada, sasar lonjak produktiviti dan pasaran global

KPK komited perkasa industri lada, sasar lonjak produktiviti dan pasaran global

MyGAP diperluas, jamin makanan selamat dan tingkat hasil tempatan

MyGAP diperluas, jamin makanan selamat dan tingkat hasil tempatan