Isu harga barangan akan dibincang dalam mesyuarat Kabinet Rabu ini

PUTRAJAYA – Kerajaan akan membincangkan isu kenaikan harga barangan dan kos sara hidup dalam mesyuarat Jemaah Menteri pada Rabu ini bagi mencari pendekatan lebih berkesan untuk meringankan beban rakyat.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, walaupun pelbagai inisiatif telah dilaksanakan, kerajaan masih menerima maklum balas daripada peniaga kecil yang terkesan dengan peningkatan kos bekalan.

“Jumaat lalu saya makan di sebuah warung di Rawang, saya bertanya kakak yang mengendali kedai, dia kata okay niaga, bagus tapi ada masalah sikit, setiap minggu ada kenaikan sedikit (harga bekalan barangan).

“Jadi kalau tiga minggu sedikit, sedikit, sedikit, terkesan kedai tu. Jadi yang saya dengar daripada kakak ini, kedai kecil tentunya memberi kesan. Jadi hari Rabu mesyuarat Jemaah Menteri saya akan bawa kes ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan amanat pada Perhimpunan Bulanan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) di sini, hari ini.

Menurut beliau, isu harga barangan dan kos sara hidup perlu diberi perhatian serius supaya langkah pemantauan dan intervensi yang lebih menyeluruh dapat dilaksanakan.

“Saya kata macam mana kita nak pantau benda itu. Kalau benar tak boleh kita kawal apakah langkah yang harus kita lakukan lagi.

“Ini penting untuk mengurangkan beban orang-orang seperti kakak ini yang meniaga kecil-kecilan,” katanya.

Related Posts

Pelan kesinambungan bekalan minyak negara diumum pertengahan bulan ini

KUALA LUMPUR – Kerajaan dijangka mengumumkan pelan kesinambungan bekalan minyak negara pada pertengahan bulan ini susulan ketidaktentuan bekalan global akibat konflik berlarutan di Asia Barat dan penutupan Selat Hormuz. Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PM imbau kenangan bersama SMK Banggi

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengimbau kembali kenangan lawatan beliau ke Sekolah Menengah Kebangsaan Banggi ketika mengadakan kunjungan ke pulau berkenaan baru-baru ini. Menurut beliau, lawatan kali ini cukup…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Rumah api Tanjung Lobang berpotensi diperkasa sebagai tapak warisan sejarah Miri

Rumah api Tanjung Lobang berpotensi diperkasa sebagai tapak warisan sejarah Miri

Pemerkasaan pendidikan dan warisan Bidayuh harus dipelihara

Pemerkasaan pendidikan dan warisan Bidayuh harus dipelihara

Pelan kesinambungan bekalan minyak negara diumum pertengahan bulan ini

Pelan kesinambungan bekalan minyak negara diumum pertengahan bulan ini

Ceelecia dinobat Unduk Ngadau peringkat daerah Sandakan 2026

Ceelecia dinobat Unduk Ngadau peringkat daerah Sandakan 2026

Pesta Kaamatan medan erat hubungan politik tanpa mengira parti – James

Pesta Kaamatan medan erat hubungan politik tanpa mengira parti – James

PM imbau kenangan bersama SMK Banggi

PM imbau kenangan bersama SMK Banggi