Lebih 2.8 juta rakyat Malaysia daftar MyDigital ID

PUTRAJAYA – Lebih 2.8 juta rakyat Malaysia sudah mendaftar MyDigital ID dan lebih 45 platform kerajaan dan swasta diintegrasikan, termasuk MyJPJ dan MyBayar PDRM, kata Menteri Digital, Gobind Singh Deo.

Beliau berkata, penggunaan MyDigital ID akan diwajibkan untuk pendaftaran kad SIM prabayar, mengukuhkan keselamatan dan kepercayaan dalam ekosistem digital negara.

Jelasnya, Kabinet tahun ini juga meluluskan Dasar Pengkomputeran Awan Nasional (NCCP) bagi menyelaras serta memodenkan perkhidmatan awan kerajaan, sekali gus memperkukuh keberkesanan dan ketahanan infrastruktur digital negara.

“Melalui Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13), Kementerian Digital kini memacu pelaksanaan ‘pintu masuk tunggal’ perkhidmatan kerajaan melalui aplikasi MyGov dan portal malaysia.gov.my yang akan diintegrasi dengan MyDigital ID.

“Usaha utama ini bakal memudahkan akses rakyat kepada perkhidmatan kerajaan, meningkatkan kesalinghubungan antara kementerian dan memastikan menjelang 2030, 95 peratus perkhidmatan Kerajaan Persekutuan tersedia sepenuhnya secara dalam talian,” katanya, lapor Berita Harian.

Gobind berkata, kementeriannya mengakui merealisasikan dasar bukanlah tugas mudah, justeru reformasi digital sektor awam menuntut kerjasama erat antara agensi, kepimpinan dengan visi yang jelas, piawaian bersama serta platform digital yang menyokong pelaksanaan dasar.

Beliau menegaskan, fokus utama bukan sekadar kepada teknologi, tetapi kepada hasilnya iaitu produktiviti sektor awam yang lebih tinggi, penyampaian perkhidmatan lebih baik, kepercayaan rakyat yang meningkat serta keterangkuman digital yang lebih luas.

Dengan sokongan semua pihak, beliau yakin Malaysia mampu membina sebuah kerajaan dan ekonomi yang berdaya saing di peringkat global, berteraskan digital serta berpaksikan rakyat.

Related Posts

MyKad Generasi Baharu tersedia di seluruh negara mulai hari ini

KUALA LUMPUR – Pemegang MyKad lama kini boleh mendapatkan MyKad Generasi Baharu di semua cawangan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di seluruh negara, bermula hari ini. Menurut soalan lazim yang disiarkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
BUDI MADANI: Kerajaan benar pindah kuota diesel maksimum tiga kenderaan segera

KUCHING – Kerajaan MADANI mengumumkan penambahbaikan segera terhadap inisiatif BUDI MADANI bagi penyaluran subsidi diesel (Budi Diesel) dengan membenarkan pemindahan kelayakan sehingga maksimum tiga buah kenderaan berkuat kuasa serta-merta. Perdana…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sindiket seludup rokok tumpas, RM4.89 juta dirampas

  • By Ezmie
  • September 17, 2026
Sindiket seludup rokok tumpas, RM4.89 juta dirampas

EXCO sebulat suara setuju proklamasi penurunan takhta Tuanku Muhriz – Ismail

EXCO sebulat suara setuju proklamasi penurunan takhta Tuanku Muhriz –  Ismail

Bekalan air merosot, El Nino beri masalah kepada pesawah

Bekalan air merosot, El Nino beri masalah kepada pesawah

DKU: Tuanku Muhriz kekal Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan

DKU: Tuanku Muhriz kekal Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan

Lelaki maut motosikal bertembung lori rigid

  • By Fatin
  • September 17, 2026
Lelaki maut motosikal bertembung lori rigid

Jetama kutip 1.658 tan sisa marin dalam dua hari

  • By Ezmie
  • September 17, 2026
Jetama kutip 1.658 tan sisa marin dalam dua hari