8 cawangan Warisan umum sertai STAR

LAHAD DATU – Lapan cawangan Parti Warisan di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Tambisan secara rasmi mengisytiharkan menyertai Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) Tungku, pada Khamis.

Ketua Bahagian STAR Tungku, Suling Isib berkata, penyertaan ramai itu menunjukkan keyakinan masyarakat terhadap perjuangan STAR di kawasan berkenaan.

“Tambisan kini menjadi kubu baharu STAR dan penyertaan daripada Warisan menandakan penyatuan tenaga serta semangat baharu untuk memperkukuhkan perjuangan STAR demi kepentingan rakyat.

“Oleh itu, ahli dan penduduk Tambisan perlu menjadikan penyertaan itu sebagai titik penyatuan untuk membangunkan kawasan berkenaan selain memastikan kebajikan masyarakat nelayan petani dan golongan muda terus diperjuangkan,” katanya semasa berucap dalam majlis penyerahan cawangan di Dewan Kampung Tambisan Darat di sini, pada Khamis.

Majlis berkenaan dihadiri kira-kira 40 orang termasuk pimpinan STAR Bahagian antaranya Naib Ketua Bahagian, Sonoh Angoh; Setiausaha Bahagian, Misin Bising; Timbalan Ketua Wiranita, Norhayati Tugnol; Ahli Jawatankuasa Bahagian, Peter Jasri serta Ketua PDM STAR Tambisan, Nawawi Che Mahmod.

Related Posts

AMK Miri tuntut UMNO bertanggungjawab, tidak normalisasi penghinaan agama

MIRI – Angkatan Muda Keadilan (AMK) Cabang Miri tampil mengecam keras tindakan pihak tertentu yang mengeksploitasi institusi keagamaan Kristian, termasuk watak paderi dan biarawati, sebagai bahan jenaka berunsur seksual ketika…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sebelah mata tidak melihat, impian Nurhadrieyana tetap terang

KOTA KINABALU – Ketika kanak-kanak lain seusianya bebas bermain tanpa memikirkan apa-apa, satu kejadian ketika berusia empat tahun mengubah kehidupan Nurhadrieyana Paiman.‎‎Insiden tercucuk pensil menyebabkan penglihatan mata kirinya terjejas, sekali…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Anwar tegaskan Malaysia tidak jadi laluan kargo sokong operasi ketenteraan Israel

Anwar tegaskan Malaysia tidak jadi laluan kargo sokong operasi ketenteraan Israel

AMK Miri tuntut UMNO bertanggungjawab, tidak normalisasi penghinaan agama

AMK Miri tuntut UMNO bertanggungjawab, tidak normalisasi penghinaan agama

Rakyat Malaysia di Yaman diminta kekal di lokasi selamat

Rakyat Malaysia di Yaman diminta kekal di lokasi selamat

Sebelah mata tidak melihat, impian Nurhadrieyana tetap terang

Sebelah mata tidak melihat, impian Nurhadrieyana tetap terang

Bil elektrik naik? TNB jelaskan mekanisme AFA dan faktor penggunaan

Bil elektrik naik? TNB jelaskan mekanisme AFA dan faktor penggunaan

Hari Malaysia medan muhasabah nasional, bina masyarakat matang

Hari Malaysia medan muhasabah nasional, bina masyarakat matang