Khidmat kaunselor buat keluarga mangsa nahas trak FRU – Saifuddin

IPOH – Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan menempatkan pasukan kaunselor khas bagi memberikan sokongan emosi dan kaunseling kepada waris mangsa kemalangan membabitkan anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) di Kilometer 15, Simpang Tangki Air, Langkap, Teluk Intan pada pagi Selasa.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, keadaan emosi ahli keluarga mangsa tidak wajar dipandang ringan kerana mereka sedang berdepan saat sukar selepas kehilangan orang tersayang.

“Baru semalam mereka bersama insan yang disayangi, namun hari ini semuanya berubah.

“Kita tidak boleh pandang rendah kejutan emosi yang mereka alami. Oleh itu, khidmat kaunselor amat diperlukan ketika ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengunjungi keluarga Allahyarham Lans Koperal Damarrulan Abdul Latif di Kuarters FRU Sungai Senam di sini, pada Rabu.

Mengulas mengenai aspek keselamatan kenderaan yang digunakan oleh anggota FRU, Saifuddin memaklumkan bahawa trak tersebut berada dalam keadaan baik dan memiliki rekod penyelenggaraan yang memuaskan walaupun telah digunakan sejak tahun 1997.

“Rekod penyelenggaraannya tiada masalah. Kenderaan itu masih layak dipandu (roadworthy),” jelasnya.

Tambah beliau, masih terlalu awal untuk membuat sebarang kesimpulan berhubung punca kemalangan sama ada berpunca daripada kesilapan manusia atau faktor lain.

“Masih terlalu awal untuk menuding kepada mana-mana pihak, sama ada melibatkan pemandu lori pasir atau lain-lain.

“Kita serahkan kepada pasukan siasatan untuk menjalankan tugas mereka,” ujarnya.

Dalam masa yang sama, beliau menegaskan komitmen KDN untuk terus menambah baik aset-aset agensi penguat kuasa di bawah kementerian berkenaan.

Beliau turut memaklumkan bahawa pihaknya telah mengarahkan agar proses penyaluran insurans berkelompok kepada waris mangsa dapat disegerakan, dan dijangka dilaksanakan dalam tempoh dua hingga tiga minggu.

Terdahulu, negara berdukacita dengan insiden kemalangan maut melibatkan sebuah trak FRU yang membawa 18 anggota dari Unit 5 FRU Sungai Senam, Ipoh.

Trak berkenaan bertembung dengan sebuah lori muatan batu kerikil di Jalan Chikus–Sungai Lampam, Teluk Intan.

Dalam kejadian kira-kira jam 8.50 pagi itu, sembilan anggota FRU disahkan maut manakala sembilan lagi mengalami kecederaan dan sedang dirawat di Hospital Teluk Intan serta Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh.

Kesemua anggota terlibat dalam perjalanan pulang ke Ipoh selepas selesai menjalankan tugas sempena perayaan Chitrapournami di Hilir Perak bersempena sambutan Hari Wesak.

Related Posts

Kerajaan MADANI komited pastikan pembangunan Sabah lebih menyeluruh

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Kerajaan MADANI komited memastikan pembangunan dan kebajikan rakyat Sabah terus diberi perhatian melalui pelaksanaan dasar serta bantuan yang lebih berkesan di peringkat…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Khairuddin tegur pemimpin Pas, minta fakta sejarah sahabat Nabi tidak diputar belit

TIMBALAN Pengerusi Ulama UMNO, Datuk Dr Khairuddin Aman Razali tampil menegur kenyataan berkaitan sejarah para sahabat Nabi Muhammad SAW yang mengelirukan susulan ucapan Ahli Parlimen Pasir Puteh, Datuk Dr Nik…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Program Peduli Veteran MADANI terus dekati bekas perajurit

Program Peduli Veteran MADANI terus dekati bekas perajurit

Peruntukan RM140,000 perkasa kemudahan pendidikan SJK Chung Hua Krokop

Peruntukan RM140,000 perkasa kemudahan pendidikan SJK Chung Hua Krokop

Sarawak perkasa sektor padi, Kampung Kaba berpotensi jadi jelapang moden

Sarawak perkasa sektor padi, Kampung Kaba berpotensi jadi jelapang moden

Kerajaan MADANI komited pastikan pembangunan Sabah lebih menyeluruh

Kerajaan MADANI komited pastikan pembangunan Sabah lebih menyeluruh

Khairuddin tegur pemimpin Pas, minta fakta sejarah sahabat Nabi tidak diputar belit

Khairuddin tegur pemimpin Pas, minta fakta sejarah sahabat Nabi tidak diputar belit

Amizar kecewa ADUN Bukit Ibam keliru pelaksanaan STR FELDA Pahang

Amizar kecewa ADUN Bukit Ibam keliru pelaksanaan STR FELDA Pahang