Tiada dokumen sah, kapal tunda dan tongkang ditahan Maritim Miri

MIRI – Kegagalan mengemukakan dokumen penting membawa padah apabila sebuah kapal tunda bersama tongkang ditahan oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Miri dalam satu operasi penguatkuasaan pada Jumaat.

Pengarah Zon Maritim Miri, Kapten Maritim Mohd Khairol Anuar Saad berkata, tindakan tersebut diambil selepas pemeriksaan mendapati kapal berkenaan tidak memiliki dokumen sah seperti yang diwajibkan di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar (MSO) 1952. 

Menurut beliau, aset Maritim Malaysia telah mengesan dan menahan kapal tersebut pada kira-kira jam 1.30 petang di kedudukan lebih kurang 2.44 batu nautika dari barat daya Kuala Miri.

“Hasil pemeriksaan lanjut mendapati kapal itu dikendalikan oleh 12 kru warga asing yang kesemuanya merupakan rakyat Indonesia dalam lingkungan umur antara 24 hingga 55 tahun. Susulan pelanggaran tersebut, perintah tahanan telah dikeluarkan terhadap kapal berkenaan,” jelasnya.

Tambah beliau, seorang nakhoda bersama seorang kru kapal telah dibawa ke darat dan diserahkan kepada pegawai penyiasat untuk siasatan serta tindakan lanjut.

Dalam perkembangan sama, Maritim Malaysia menegaskan pihaknya tidak akan pernah berkompromi terhadap mana-mana pihak yang dikesan melanggar undang-undang perkapalan, khususnya yang melibatkan aspek keselamatan di laut. 

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung aktiviti mencurigakan atau kecemasan di perairan disaran untuk menghubungi talian 999, Pusat Operasi Zon Maritim Miri (085-649111), atau Pusat Operasi Maritim Negeri Sarawak (082-432544 / 082-432016).

Related Posts

Dua beranak maut kemalangan babit dua kenderaan

KOTA TINGGI – Dua beranak maut dalam kemalangan membabitkan dua kereta di Kilometer 71 Jalan Johor Bahru-Mersing, petang semalam. Mangsa maut dikenali Rubita Mohamad, 51, dan anaknya Nur Insyirah Syakirah…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Zaini Garip raih emas di Kejohanan All England Senior 2026

LIMBANG – Pemain veteran, Zaini Garip yang lebih dikenali sebagai Bruni, sekali lagi mencipta kejayaan membanggakan di pentas antarabangsa apabila berjaya merangkul pingat emas untuk Malaysia dalam Kejohanan Badminton YONEX…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

AS arah 5,000 tenteranya keluar dari Jerman

AS arah 5,000 tenteranya keluar dari Jerman

Dua beranak maut kemalangan babit dua kenderaan

Dua beranak maut kemalangan babit dua kenderaan

Tiada dokumen sah, kapal tunda dan tongkang ditahan Maritim Miri

Tiada dokumen sah, kapal tunda dan tongkang ditahan Maritim Miri

Zaini Garip raih emas di Kejohanan All England Senior 2026

Zaini Garip raih emas di Kejohanan All England Senior 2026

Kerajaan Sabah bantu rakyat ditimpa musibah di luar negara

Kerajaan Sabah bantu rakyat ditimpa musibah di luar negara

Ops Tiris: Ketegasan MADANI tutup ruang ketirisan, lindungi bekalan rakyat

Ops Tiris: Ketegasan MADANI tutup ruang ketirisan, lindungi bekalan rakyat