AS arah 5,000 tenteranya keluar dari Jerman

WASHINGTON – Pentagon mengesahkan Amerika Syarikat (AS) akan mengarahkan kira-kira 5,000 anggota tenteranya berundur dari Jerman, menjelang tahun depan.

Pengumuman itu dibuat Setiausaha Pertahanan AS, Pete Hegseth selepas Presiden AS, Donald Trump mengancam untuk membawa keluar tentera dari negara sekutu Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara itu

Jurucakap Pentagon, Sean Parnell berkata, AS menjangkakan pengunduran itu selesai sepenuhnya dalam tempoh enam bulan hingga setahun akan datang, menyusuli pertikaian dengan Canselor Jerman, Friedrich Merz, berhubung perang AS-Israel terhadap Iran.

“Keputusan ini dibuat selepas semakan menyeluruh dilaksanakan terhadap kedudukan pasukan itu di Eropah serta mengambil kira keperluan operasi dan keadaan semasa di lapangan,” katanya melalui kenyataan.

Merz menjadi sasaran kemarahan Trump selepas beliau pada Isnin menyatakan Iran ‘memalukan’ Washington di meja rundingan.

Sehari selepas itu, Trump membidas Merz kerana dilihat seolah-olah menyokong Iran yang memiliki senjata nuklear.

Trump kemudiannya memutuskan Washington sedang mengkaji dan menilai kemungkinan untuk mengurangkan jumlah tentera AS di Jerman, dengan keputusan akan dibuat dalam tempoh singkat.

Sepanjang kedua-dua penggal pentadbirannya, Trump beberapa kali mengancam untuk mengurangkan jumlah tentera AS di Jerman dan negara sekutu Eropah lain.

Alasan diberikan Trump ialah beliau mahu Eropah memikul tanggungjawab lebih besar terhadap pertahanan sendiri berbanding bergantung kepada Washington.

Trump kini dilihat tekad mahu menghukum negara sekutu yang gagal menyokong perang terhadap Iran atau menyumbang kepada pasukan pengaman di laluan perairan strategik Selat Hormuz.

Khamis lalu, Trump menyatakan kemungkinan untuk turut membawa keluar tentera AS dari Itali dan Sepanyol susulan bantahan kedua-dua negara terbabit terhadap perang itu.

Related Posts

Moscow akan lakukan ‘segala termampu’ demi keamanan Asia Barat

SAINT PETERSBURG – Presiden Rusia, Vladimir Putin menegaskan, Moscow akan melakukan ‘segala yang termampu’ bagi memastikan keamanan di Asia Barat dalam pertemuan bersama Menteri Luar Iran, Abbas Araghchi, semalam. Menurut…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Suspek serang majlis dihadiri Trump disifatkan sebagai ‘seorang yang sakit’

WASHINGTON – Donald Trump menyifatkan suspek yang didakwa cuba menyerang pegawai pentadbirannya di satu majlis gala berpakaian rasmi pada malam Sabtu sebagai ‘lelaki yang agak sakit’. Presiden Amerika Syarikat (AS)…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Jenazah mangsa 61 tikaman selamat dikebumikan

Jenazah mangsa 61 tikaman selamat dikebumikan

‘Interchange’ Taman Pulai Jaya: Antara janji pemaju dan usaha kerajaan selesaikan kesesakan

‘Interchange’ Taman Pulai Jaya: Antara janji pemaju dan usaha kerajaan selesaikan kesesakan

AS arah 5,000 tenteranya keluar dari Jerman

AS arah 5,000 tenteranya keluar dari Jerman

Dua beranak maut kemalangan babit dua kenderaan

Dua beranak maut kemalangan babit dua kenderaan

Tiada dokumen sah, kapal tunda dan tongkang ditahan Maritim Miri

Tiada dokumen sah, kapal tunda dan tongkang ditahan Maritim Miri

Zaini Garip raih emas di Kejohanan All England Senior 2026

Zaini Garip raih emas di Kejohanan All England Senior 2026