‘Interchange’ Taman Pulai Jaya: Antara janji pemaju dan usaha kerajaan selesaikan kesesakan

JOHOR BAHRU – Isu kesesakan lalu lintas yang berlaku di Taman Pulai Jaya susulan kerja penyelenggaraan jalan baru-baru ini telah mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan penduduk, termasuk dakwaan yang mengaitkan pembukaan Persimpangan Bertingkat (interchange) kawasan tersebut sebagai punca utama masalah berkenaan.

Sehubungan itu, bekas Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Infrastruktur dan Pengangkutan Negeri Johor, Dzulkefly Ahmad tampil memberikan penjelasan bagi memperbetulkan persepsi awam berhubung sejarah sebenar pembinaan interchange tersebut.

Menurut beliau, Taman Pulai Jaya mula dibangunkan sekitar tahun 2005 oleh sebuah syarikat pemaju perumahan, dengan janji utama untuk menyediakan akses terus ke Lebuhraya Second Link melalui pembinaan sebuah persimpangan bertingkat.

“Janji pembinaan interchange ini bukan sahaja menjadi daya tarikan utama kepada pembeli, malah turut dipromosikan secara meluas melalui papan tanda besar di Jalan Skudai-Pontian,” jelasnya.

Namun begitu, projek pembangunan tersebut berdepan pelbagai cabaran apabila sebahagian besar kediaman masih belum siap sehingga tahun 2012, sebelum projek itu diambil alih oleh pemaju baharu. Dalam proses pengambilalihan itu, kos pembinaan interchange turut diambil kira sebagai sebahagian daripada tanggungjawab pemaju.

Tambah beliau, kerja pembinaan interchange hanya bermula pada tahun 2014 tetapi mengalami kelewatan yang ketara sehingga hampir terbengkalai selama lima tahun.

“Ketika saya dilantik sebagai Exco pada tahun 2018, projek ini masih belum siap. Melalui mesyuarat penyelarasan yang diadakan, kita dapati terdapat enam lot tanah persendirian yang perlu diambil balik bagi melengkapkan pembinaan,” katanya.

Beliau menjelaskan bahawa proses pengambilan tanah tersebut dipercepatkan dengan melantik Majlis Perbandaran sebagai agensi pelaksana, berbanding jika diuruskan oleh pihak pemaju sendiri yang berpotensi mengambil masa lebih lama.

Hasil usaha tersebut, interchange Taman Pulai Jaya akhirnya berjaya disiapkan dan dibuka kepada orang ramai pada 1 November 2019, dengan kos keseluruhan berjumlah RM85.4 juta.

“Pembukaan interchange ini telah memberi manfaat besar kepada penduduk setempat dengan memendekkan masa perjalanan, khususnya bagi mereka yang bekerja di kawasan Senai, Kulai, Gelang Patah serta Singapura,” katanya lagi.

Mengulas lanjut, beliau menegaskan bahawa pembinaan interchange tersebut bukanlah inisiatif kerajaan negeri semata-mata, sebaliknya merupakan janji asal pemaju kepada pembeli rumah.

“Saya hanya membantu memastikan janji tersebut ditunaikan selepas menerima aduan dan permintaan daripada pembeli yang terkesan,” tegas beliau.

Sehubungan itu, beliau menyeru orang ramai agar mendapatkan fakta yang tepat sebelum membuat sebarang kesimpulan, khususnya dalam isu yang melibatkan kepentingan awam.

Related Posts

Pelajar Tingkatan 6 hargai elaun RM250, bukti keprihatinan Kerajaan MADANI

KEMAMAN — Inisiatif Kerajaan MADANI memperkenalkan elaun bulanan sebanyak RM250 kepada pelajar Tingkatan 6 disambut baik terutamanya dalam situasi ekonomi global yang mencabar. Pelajar Tingkatan 6 yang juga Pengerusi Jawatankuasa…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Jenazah mangsa 61 tikaman selamat dikebumikan

KUALA KANGSAR – Jenazah mangsa kes bunuh kejam dengan 61 kesan tikaman, Nurfisya Zulkifly, 19, selamat dikebumikan sekitar jam 5 pagi, Sabtu di Tanah Perkuburan Islam Kampung Periang, Enggor, dekat…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pelajar Tingkatan 6 hargai elaun RM250, bukti keprihatinan Kerajaan MADANI

Pelajar Tingkatan 6 hargai elaun RM250, bukti keprihatinan Kerajaan MADANI

Jenazah mangsa 61 tikaman selamat dikebumikan

Jenazah mangsa 61 tikaman selamat dikebumikan

‘Interchange’ Taman Pulai Jaya: Antara janji pemaju dan usaha kerajaan selesaikan kesesakan

‘Interchange’ Taman Pulai Jaya: Antara janji pemaju dan usaha kerajaan selesaikan kesesakan

AS arah 5,000 tenteranya keluar dari Jerman

AS arah 5,000 tenteranya keluar dari Jerman

Dua beranak maut kemalangan babit dua kenderaan

Dua beranak maut kemalangan babit dua kenderaan

Tiada dokumen sah, kapal tunda dan tongkang ditahan Maritim Miri

Tiada dokumen sah, kapal tunda dan tongkang ditahan Maritim Miri