Tuduhan JKOM bantu kempen pemilihan PKR tidak benar, tidak berasas

PUTRAJAYA – Jabatan Komunikasi Komuniti (JKOM) tidak pernah mengeluarkan sebarang arahan terhadap kakitangannya dalam membantu kempen calon-calon ‘terpilih’ bagi pemilihan PKR 2025.

Ketua Pengarah JKOM, Datuk Ismail Yusop berkata, tuduhan mengaitkan kakitangan diarahkan melaksana tugasan bagi ‘like’, ‘share’, dan ‘promote’ kempen pemimpin tertentu adalah tidak benar serta tidak berasas.

Menurutnya, semua kakitangan JKOM menjalankan tugas secara profesional dan berintegriti, selaras dengan peraturan yang telah ditetapkan.

“Tiada sebarang arahan dikeluarkan seperti yang didakwa. Saya juga menafikan sekeras-kerasnya dakwaan bahawa JKOM terlibat dalam berkempen untuk mana-mana pemimpin dan digunakan untuk menyerang pemimpin-pemimpin tertentu.

“Tiada sebarang arahan rasmi dikeluarkan untuk aktiviti seperti itu,” katanya menerusi kenyataan di akaun Facebook beliau pada Rabu.

Beliau berkata demikian bagi mengulas
hantaran yang tersebar di media sosial dan WhatsApp yang mengaitkan JKOM mengeluarkan arahan kepada kakitangan bagi membantu kempen pemimpin tertentu memenangi dalam Pemilihan PKR 2025.

Mengulas lanjut, Ismail berkata, sebagai sebuah agensi kerajaan di bawah Kementerian Komunikasi, JKOM sentiasa komited menyampaikan maklumat yang tepat, adil, dan berimbang.

“Ini dilakukan demi memperkukuh sistem demokrasi dan kestabilan negara,” katanya.

Sehubungan itu, beliau menyeru semua pihak untuk tidak menularkan berita tidak sahih atau palsu sehingga mewujudkan persepsi serta tempias negatif terhadap JKOM.

“Saya mengingatkan semua pihak agar berhenti menyebarkan maklumat palsu yang boleh menjejaskan reputasi jabatan ini,” katanya.

Related Posts

Berita gembira buat rakyat menjelang Aidilfitri

SETIAP kali menghampiri Aidilfitri, ramai di antara kita yang menghadapi tekanan kewangan. Mahu menyediakan belanja raya untuk keluarga. Mahu wajah anak bini berseri-seri gembira di pagi raya. Menyedari konteks ini,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PM beri perhatian serius operasi bawa pulang rakyat Malaysia

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi perhatian serius terhadap usaha membawa pulang rakyat Malaysia yang berada di kawasan konflik di Asia Barat susulan perkembangan keselamatan yang semakin meruncing…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Iran tutup pintu rundingan dengan AS, sifatkan ‘pengalaman pahit’

  • By Siti
  • March 10, 2026
Iran tutup pintu rundingan dengan AS, sifatkan ‘pengalaman pahit’

723 asnaf ceria terima sumbangan Aidilfitri

723 asnaf ceria terima sumbangan Aidilfitri

Waris mangsa kebakaran Ulu Dong bakal terima RRP

Waris mangsa kebakaran Ulu Dong bakal terima RRP

Pelajar Kolej Vokasional maut terkena sabit pekerja ladang sawit

Pelajar Kolej Vokasional maut terkena sabit pekerja ladang sawit

Berita gembira buat rakyat menjelang Aidilfitri

Berita gembira buat rakyat menjelang Aidilfitri

PM beri perhatian serius operasi bawa pulang rakyat Malaysia

PM beri perhatian serius operasi bawa pulang rakyat Malaysia