175 aktivis GSF dibebaskan, 10 rakyat Malaysia selamat

KUALA LUMPUR – Seramai 175 aktivis kemanusiaan yang menyertai misi Global Sumud Flotilla 2.0 (GSF) termasuk 10 rakyat Malaysia disahkan sudah dibebaskan selepas ditahan tentera Zionis ketika misi berkenaan di perairan antarabangsa berhampiran Kepulauan Greece.

Ketua Pengarah Pusat Gerakan Operasi Sumud Nusantara (SNCC), Datuk Dr Sani Araby Abdul Alim Araby berkata, semua peserta yang dibebaskan kini berada di bawah pemantauan pihak berkuasa Greece sebelum dibawa ke Lapangan Terbang Heraklion bagi urusan pulang ke negara masing-masing.

Beliau berkata, 10 rakyat Malaysia yang terbabit turut dibawa menaiki bas ke lapangan terbang berkenaan selepas dibebaskan di Pelabuhan Lerapetra, Kepulauan Crete.

Sani Araby berkata, kerajaan Turkiye menyediakan sebuah pesawat khas berkapasiti 160 penumpang bagi membawa pulang 20 rakyatnya yang turut ditahan dalam insiden berkenaan.

Katanya, pesawat sama turut dibuka kepada peserta misi dari negara lain termasuk Malaysia.

“Pelepasan dari Lapangan Terbang Heraklion dijangka pada jam 10.15 malam waktu Malaysia dan dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Istanbul jam 11.45 malam waktu Malaysia.

“SNCC sudah berhubung dengan pihak Kementerian Luar bagi menyelaras urusan perjalanan aktivis Malaysia dari Greece ke Istanbul. Tiga wakil SNCC sudah berada di Istanbul untuk pengurusan dan penilaian,” katanya.

Beliau turut memaklumkan, peserta GSF dilaporkan berdepan layanan kasar sepanjang berada dalam tahanan rejim Zionis.

“Mereka berdepan provokasi dan serangan fizikal serta dipaksa dalam keadaan sangat tidak selesa hingga berlaku insiden keganasan ketika penahanan yang mengakibatkan kecederaan kepada beberapa peserta.

‘SNCC turut mengesahkan dua Ahli Jawatankuasa Induk GSF, iaitu Saif Abukeshek dan Thiago Avila masih dalam tahanan pihak rejim dipercayai bertujuan mengugut dan melumpuhkan misi,” katanya.

10 rakyat Malaysia yang ditahan adalah pengasas ZRA Strim, Zainal Rashid Ahmad yang menaiki kapal Arkham III; Mohd Hanafi Mohd Salim (Bianca BCN), Ahmad Musa Al-Nuwayri Kamaruzaman (Bianca BCN), Norhelmi Ab Ghani (Bianca BCN), Hazwan Hazim Dermawan (Bianca BCN).

Turut ditahan, Osman Zolkifli (Eros 1), Dr Jihan Alya Mohd Nordin (Eros 1), Mohd Shamsir Mohd Isa (Esplai II), Mohd Redzal Amzah (Freia) dan Muhamad Muhsin Zaidi (Marea).

Related Posts

Ops Tiris: Ketegasan MADANI tutup ruang ketirisan, lindungi bekalan rakyat

DALAM landskap ekonomi global yang tidak menentu, keupayaan kerajaan mengawal rantaian bekalan domestik terus menjadi penentu kepada kestabilan negara. Pelaksanaan Ops Tiris oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) dilihat sebagai respons…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Naratif lapuk Himpunan 1 Mei jejaskan kematangan wacana antirasuah

DALAM keghairahan mengangkat isu rasuah sempena Himpunan Pekerja 1 Mei, sebahagian tuntutan yang dikemukakan dilihat gagal mengambil kira perkembangan semasa, sekali gus menimbulkan persoalan terhadap kerelevanan persepsi yang dimainkan. Antara…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

AS arah 5,000 tenteranya keluar dari Jerman

AS arah 5,000 tenteranya keluar dari Jerman

Dua beranak maut kemalangan babit dua kenderaan

Dua beranak maut kemalangan babit dua kenderaan

Tiada dokumen sah, kapal tunda dan tongkang ditahan Maritim Miri

Tiada dokumen sah, kapal tunda dan tongkang ditahan Maritim Miri

Zaini Garip raih emas di Kejohanan All England Senior 2026

Zaini Garip raih emas di Kejohanan All England Senior 2026

Kerajaan Sabah bantu rakyat ditimpa musibah di luar negara

Kerajaan Sabah bantu rakyat ditimpa musibah di luar negara

Ops Tiris: Ketegasan MADANI tutup ruang ketirisan, lindungi bekalan rakyat

Ops Tiris: Ketegasan MADANI tutup ruang ketirisan, lindungi bekalan rakyat