Kerajaan kenal pasti enam kluster utama transformasi ekosistem halal

PUTRAJAYA – Enam kluster utama dikenal pasti sebagai teras transformasi ekosistem halal Malaysia, termasuk pelaksanaan sistem pensijilan halal secara digital sepenuhnya bagi mempercepat dan mempermudahkan proses permohonan.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, sistem pensijilan halal disasarkan mencapai 100 peratus digitalisasi menjelang tahun depan.

Beliau yang juga Pengerusi Mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi Penyelarasan Agenda Halal Malaysia berkata, kerajaan juga akan mengkaji semula dasar halal negara untuk ditambah baik selaras perkembangan global, selain mewujudkan 50,000 tenaga kerja halal kompeten menjelang 2030.

“Mekanisme pemantauan dan penguatkuasaan akan diperkukuh bagi menjamin kredibiliti pensijilan halal Malaysia, mengekalkan statusnya sebagai antara sijil halal paling diyakini pada peringkat antarabangsa.

“Melalui kluster membabitkan kajian terhadap dasar halal negara, penyelarasan antara semua pemegang taruh akan diperhebat bagi memastikan ekosistem halal lebih inklusif dan berdaya saing.

“Selain itu, sasaran 50,000 tenaga kerja halal kompeten menjelang 2030 akan menjadi keutamaan, memastikan Malaysia mempunyai modal insan berkualiti yang mampu mengukuhkan kepimpinan negara dalam industri halal,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Industri halal di negara ini menyaksikan pertumbuhan baik apabila indikator menunjukkan sumbangannya kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak 7.7 peratus atau RM146.6 bilion hingga Disember lalu.

Hingga kini, tempoh masa diambil untuk memproses permohonan sijil halal adalah 30 hari dari tarikh dokumen permohonan diterima.

Seterusnya, Ahmad Zahid berkata, melalui kluster ketiga, pelan pembangunan industri halal akan memberikan tumpuan kepada sektor bernilai tinggi, antaranya farmaseutikal yang mana sektor halal dalam bidang itu saja dianggarkan bernilai AS$134 bilion (RM594 bilion), logistik dan teknologi makanan.

Beliau berkata, langkah itu bukan saja mengukuhkan ekosistem halal domestik, malah akan memacu pertumbuhan industri halal Malaysia yang kini menyumbang sekitar 7.7 peratus kepada KDNK negara.

“Keempat, bagi memastikan produk halal Malaysia dapat menembusi lebih banyak pasaran antarabangsa, strategi pemasaran baharu akan memanfaatkan platform digital dan e-dagang secara menyeluruh.

“Penganjuran Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) sebagai pameran halal terbesar dunia, akan terus dijadikan landasan strategik untuk menarik pelabur dan pembeli global, dengan sasaran meningkatkan eksport produk halal Malaysia kepada RM63.1 bilion menjelang 2025 berbanding RM40 bilion pada 2023.

“Malaysia perlu lebih agresif dalam menerokai pasaran halal baharu, khususnya di Asia Barat, Eropah, Amerika dan Afrika, bagi memastikan produk halal kita terus relevan serta kompetitif pada peringkat antarabangsa,” katanya.

Ahmad Zahid berkata, pengurusan bakat dan tenaga kerja halal juga akan diperkasakan melalui latihan, pensijilan profesional, serta peluasan program Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) halal bagi melahirkan tenaga kerja yang berdaya saing pada peringkat global.

Beliau berkata, melalui kluster terakhir, penyelidikan dan pembangunan (R&D) halal akan terus diperkukuh, dengan kerjasama erat antara institusi akademik serta industri bagi menghasilkan inovasi baharu dalam produk dan perkhidmatan halal.

Katanya, lebih banyak pusat kecemerlangan halal akan diwujudkan di Malaysia bagi memacu inovasi dan kepakaran teknikal dalam bidang halal, sekali gus menjadikan Malaysia pusat rujukan utama pembangunan teknologi halal global.

Related Posts

Kestabilan negara perlu dimanfaat dalam memperkasa pembangunan, kebajikan rakyat

KUALA LUMPUR – Kerajaan dan politik negara kembali stabil selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) yang berlangsung pada November 2022. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, peluang itu harus…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Bung Moktar kritikal

PENGERUSI Barisan Nasional (BN) Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin kini sedang menerima rawatan di sebuah hospital swasta di Kota Kinabalu. Sumber memaklumkan Adun Lamag yang kini di unit rawatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tuan Ibrahim perlu semak fakta sebelum timbulkan isu kewangan negeri – MB Pahang

Tuan Ibrahim perlu semak fakta sebelum timbulkan isu kewangan negeri – MB Pahang

80 tangki biru diagih, bantu penduduk terjejas masalah air

  • By Fatin
  • December 8, 2025
80 tangki biru diagih, bantu penduduk terjejas masalah air

DAP Sabah hormati keputusan PRN17 Sabah, terus rangka hala tuju masa depan parti

  • By Ynom
  • December 8, 2025
DAP Sabah hormati keputusan PRN17 Sabah, terus rangka hala tuju masa depan parti

Tun M didakwa alih isu RM40b dengan dakwaan ART

Tun M didakwa alih isu RM40b dengan dakwaan ART

Task force SWCorp Perlis rekod 1,258 tan sisa banjir

Task force SWCorp Perlis rekod 1,258 tan sisa banjir

Trump dakwa berjaya tamatkan 8 perang

Trump dakwa berjaya tamatkan 8 perang