Isu kesihatan mental dalam kalangan pelajar makin membimbangkan – Nancy

KUCHING – Isu kesihatan mental bukan sahaja dialami oleh orang dewasa tetapi dalam kalangan kanak-kanak dan remaja semakin membimbangkan.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, tekanan ini mungkin disebabkan masalah keluarga, pembelajaran atau persekitaran yang boleh mengganggu dalam jangle masa panjang.

“Oleh itu, kanak-kanak yang mengalami stres boleh mengadu di Pusat Sokongan Sosial Setempat (PSSS) yang menjadi inisiatif kita untuk mendapatkan bantuan dan sokongan tanpa sigma,” ujar beliau.

Menurutnya, PSSS juga turut menjalankan kaunseling untuk individu dan keluarga serta sesi advokasi dan program kesedaran kesejahteraan mental.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Program Back To School 2024 anjuran Parlimen P193 Santubong  pada Sabtu.

Sementara itu, Nancy memberitahu, Taklimat Sentuhan Selamat, Sentuhan Tidak Selamat amat diperlukan untuk memberi kesedaran dan maklumat kepada pelajar mengenai sentuhan selamat, sentuhan baik dan sentuhan yang tidak dibolehkan.

“Taklimat ini penting kerana banyak perkara melibatkan kanak-kanak dan pelajar yang diperkosa dan disalah guna oleh pihak tertentu termasuk ibu bapa dan keluarga sendiri,” kata beliau lagi.

Related Posts

Pindaan Akta MARA benteng undang-undang perkukuh agenda Bumiputera

KUALA LUMPUR – Pindaan Akta Majlis Amanah Rakyat (MARA) 1966 akan berfungsi sebagai benteng pertahanan perundangan bagi memastikan agenda pemerkasaan bumiputera kekal utuh, meskipun berlaku perubahan kepemimpinan negara. Timbalan Perdana…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Ziarah Shifa Sejahtera MADANI santuni pesakit strok di Dungun

DUNGUN – Program Ziarah Shifa (Cakna Ihsan) Sejahtera MADANI di bawah Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) Negeri Terengganu terus memperkukuh agenda kebajikan apabila menyantuni seorang pesakit strok, Norazeta Mohammed Abdul Kadir,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pindaan Akta MARA benteng undang-undang perkukuh agenda Bumiputera

Pindaan Akta MARA benteng undang-undang perkukuh agenda Bumiputera

Jangan cipta naratif “zero sum game”, keharmonian negara boleh terjejas

Jangan cipta naratif “zero sum game”, keharmonian negara boleh terjejas

Lambakan maklumat: Rakyat perlu bijak beza wartawan dan netizen

Lambakan maklumat: Rakyat perlu bijak beza wartawan dan netizen

Ziarah Shifa Sejahtera MADANI santuni pesakit strok di Dungun

Ziarah Shifa Sejahtera MADANI santuni pesakit strok di Dungun

Kerajaan MADANI tidak pernah angkat elitisme, paling lantang pertahan agenda Bumiputera

Kerajaan MADANI tidak pernah angkat elitisme, paling lantang pertahan agenda Bumiputera

Treler terbabas lintang jalan, trafik sesak 7 kilometer di Gua Musang

Treler terbabas lintang jalan, trafik sesak 7 kilometer di Gua Musang