Sultan Selangor tegas tak setuju garis panduan baharu kepada umat Islam

SULTAN Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah menzahirkan pendirian tegas untuk tidak bersetuju dengan cadangan mewujudkan garis panduan kepada umat Islam yang menghadiri majlis perayaan orang bukan Islam khususnya di Selangor.

Sebagai Ketua Agama Islam di negeri Selangor, Baginda berpandangan cadangan garis panduan ini dibuat pada waktu yang tidak bersesuaian, pada ketika sekalian rakyat sedang giat mengeratkan amalan muhibah di kalangan masyarakat pelbagai kaum dan agama demi mengukuhkan perpaduan nasional.

“Polemik yang tercetus ini telah sedikit sebanyak menimbulkan keresahan kepada masyarakat dan ini pastinya akan menjejaskan keharmonian yang telah sedia terjalin,” menurut kenyataan di laman Facebook Selangor Royal Office.

Sultan Sharafuddin bertitah, Islam menerusi Al-Quran dan Sunnah adalah garis panduan terbaik sejak zaman berzaman dan diperkuat dengan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah umat Islam di Malaysia.

“Justeru, isu terpesongnya akidah umat Islam susulan amalan berkenaan tidak timbul kerana Baginda percaya umat Islam kini tahu tentang batas-batas akidah serta tidak mudah terpengaruh dan bijak menilai baik buruk sesuatu tindakan,” jelas kenyataan itu.

Baginda mengingatkan bahawa sebagai sebuah negara majmuk dengan rakyatnya menganuti pelbagai agama dan kepercayaan, toleransi dalam beragama seharusnya tidak dikompromi.

“Dalam masa sama, setiap rakyat perlu menghormati dan memperakui bahawa Islam adalah agama persekutuan sepertimana yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia,” titah Baginda.

Bagaimanapun, Baginda menasihatkan umat Islam khususnya di negeri Selangor agar sentiasa berusaha untuk terus memperkukuh akidah dan iman masing-masing dengan mendalami ilmu agama dan melakukan segala suruhan Allah serta meninggalkan segala larangan-Nya.

Titah Baginda, apabila setiap umat Islam mencapai tahap akidah yang teguh dan kesempurnaan iman hakiki, serta memantapkan keyakinan kepada Allah, maka tidak akan mudah terpesong atau terpengaruh dengan anasir-anasir luar.

Related Posts

Rafizi Ramli hadir ke SPRM, siasatan pelaburan RM1.1 bilion diteruskan

PUTRAJAYA – Bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli menegaskan, beliau tidak mempunyai apa-apa untuk disembunyikan berhubung siasatan berkait kes pelaburan bernilai RM1.1 bilion. Ahli Parlimen Pandan itu berkata bahawa…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Lelaki hina Yang di-Pertuan Agong didenda RM5,000, penjara tiga bulan

BANGI – Mahkamah Sesyen Bandar Baru Bangi di sini hari ini, menjatuhkan hukuman penjara tiga bulan dan denda RM5,000 terhadap seorang lelaki selepas mengaku bersalah membuat hantaran jelik yang menghina…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kad Kesihatan Kasih Makmur beri manfaat 10,000 veteran tentera, polis

Kad Kesihatan Kasih Makmur beri manfaat 10,000 veteran tentera, polis

Rafizi Ramli hadir ke SPRM, siasatan pelaburan RM1.1 bilion diteruskan

Rafizi Ramli hadir ke SPRM, siasatan pelaburan RM1.1 bilion diteruskan

Dua maut, dua cedera dalam kemalangan di Manek Urai

Dua maut, dua cedera dalam kemalangan di Manek Urai

DAP saran persempadanan semula 7 DUN Johor, elak ketidakseimbangan pengundi

DAP saran persempadanan semula 7 DUN Johor, elak ketidakseimbangan pengundi

Penganggur mengaku tidak bersalah miliki diesel tanpa lesen

Penganggur mengaku tidak bersalah miliki diesel tanpa lesen

DBKK-MYSA meterai MoU, pacu bandaraya berteraskan data

DBKK-MYSA meterai MoU, pacu bandaraya berteraskan data