Kami tahan diri ulas laporan bedah siasat, elak percanggahan – Peguam keluarga Zara

KOTA KINABALU – Peguam dan keluarga Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir mengambil keputusan untuk menahan diri daripada mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung hasil bedah siasat yang dijalankan pada 10 Ogos lalu.

Menurut kenyataan bersama peguam Shahlan Jufri dan Mohd Luqman Syazwan Zabidi yang mewakili keluarga, langkah itu diambil bagi mengelakkan sebarang percanggahan antara laporan lisan yang dimaklumkan kepada mereka serta ibu arwah, dengan laporan rasmi yang akan dikeluarkan pihak hospital.

“Seperti dimaklumkan oleh peguam Shahlan Jufri pada Ahad, terdapat kecederaan yang ditemui pada tubuh Zara semasa bedah siasat.

“Demi mengelakkan berlaku percanggahan antara laporan lisan bedah siasat yang dimaklumkan kepada kami dan ibu Zara selepas tamatnya prosedur semalam, dengan laporan rasmi yang akan dikeluarkan oleh pihak hospital, kami menahan diri daripada mengeluarkan sebarang kenyataan mengenainya,” kata mereka dalam kenyataan media pada Isnin.

Mereka turut merakamkan penghargaan kepada Jabatan Peguam Negara kerana mengarahkan polis membuat permohonan untuk menggali semula kubur dan menjalankan bedah siasat terhadap jenazah arwah.

“Kami juga berterima kasih kepada polis yang mengawal rapi keseluruhan proses penggalian dan bedah siasat tersebut.

“Kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua individu termasuk media yang berada di tanah perkuburan dan persekitaran Hospital Queen Elizabeth Kota Kinabalu dari pagi hingga malam bagi menyaksikan proses penggalian kubur, pengkebumian jenazah dan bedah siasat.

“Sokongan anda semua amat kami hargai,” ujar kenyataan itu.

Related Posts

Kos pengeluaran agrokomoditi meningkat susulan kenaikan input pertanian

PUTRAJAYA – Kos pengeluaran industri agrokomoditi negara meningkat susulan kenaikan ketara harga input pertanian termasuk baja NPK bagi kategori tempatan dan import yang naik sehingga 45.5 peratus, manakala racun meningkat…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sebahagian kecil produk ubat, peranti perubatan berdepan risiko tinggi

PUTRAJAYA – Sebanyak 16.8 peratus bekalan ubat negara dikenal pasti berada pada tahap risiko tinggi setakat 8 Mei dan memerlukan pemantauan serta langkah mitigasi secara berterusan susulan krisis bekalan global.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sinar harapan pesakit HIV: Rawatan moden kembalikan kualiti hidup, hentikan stigma   

Sinar harapan pesakit HIV: Rawatan moden kembalikan kualiti hidup, hentikan stigma   

Johor terima lebih RM600 juta perkukuh infrastruktur hadapi risiko banjir

Johor terima lebih RM600 juta perkukuh infrastruktur hadapi risiko banjir

UMNO Perlis mahu kemelut politik negeri dihentikan

UMNO Perlis mahu kemelut politik negeri dihentikan

Dokumentari Banjaran Nakawan tingkat kesedaran warisan Perlis

Dokumentari Banjaran Nakawan tingkat kesedaran warisan Perlis

18 ekor lembu korban disumbangkan ke Kampung, agensi

18 ekor lembu korban disumbangkan ke Kampung, agensi

Kerajaan Sabah galak wujud pusat autisme luar bandar, pedalaman

Kerajaan Sabah galak wujud pusat autisme luar bandar, pedalaman