Lencana Jalur Gemilang: RM8.4 juta diperuntuk kepada 5.14 juta pelajar

SEBANYAK RM8.4 juta diperuntukkan bagi membekalkan lencana Jalur Gemilang kepada 5.14 juta pelajar di sekolah, Kolej Matrikulasi, Kolej Tingkatan Enam dan Institut Pendidikan Guru (IPG).

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, setiap pelajar menerima dua lencana secara percuma sebagai sebahagian inisiatif memupuk semangat patriotisme dan kecintaan kepada negara sejak di bangku sekolah.

“Peruntukan ini telah diagihkan kepada semua jabatan pendidikan negeri dan institusi berkaitan pada Februari 2025, dengan kuantiti disesuaikan mengikut bilangan pelajar berdaftar.

“Proses perolehan dilaksanakan oleh jabatan pendidikan negeri, pejabat pendidikan daerah dan institusi melalui sistem ePerolehan secara tender atau sebut harga.

“Bagi mempercepatkan bekalan dan menggalakkan lebih ramai pembekal yang layak, perolehan mengikut zon turut dibenarkan dengan sejumlah 91 pembekal di seluruh negara terbabit dalam penyediaan lencana tersebut,” katanya dalam jawapan bertulis Dewan Rakyat.

Beliau menjawab soalan Abdul Latiff Abdul Rahman (Pas–Kuala Krai) mengenai jumlah perbelanjaan kerajaan untuk membekalkan lencana Jalur Gemilang kepada semua pelajar di bawah institusi Kementerian Pendidikan.

Menyentuh langkah menangani isu keselamatan pelajar dan kerosakan pada pakaian seragam, Fadhlina berkata, kementerian telah mengeluarkan garis panduan pemakaian lencana Jalur Gemilang namun membenarkan ibu bapa menyediakan lencana tambahan bersaiz sama yang dibuat daripada bahan sesuai.

“Kementerian akan terus memantau pelaksanaan fleksibel pemakaian lencana di semua peringkat pendidikan.

“Inisiatif ini bertujuan menyemai semangat patriotisme dan memupuk kecintaan kepada negara dalam kalangan Generasi MADANI,” katanya.

Related Posts

PRU16 wajar selepas rakyat rasai kesan pemulihan ekonomi – Hassan Karim

AHLI Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim menggesa PKR supaya tidak berputus asa susulan kekalahan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan, sebaliknya bangkit menyusun semula strategi bagi menghadapi Pilihan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PMK 2026 himpun pelbagai agensi, mudahkan rakyat akses perkhidmatan

SHAH ALAM – Program MADANI Kita (PMK) 2026 menjadi platform penting untuk memastikan dasar dan inisiatif kerajaan bukan sekadar diumumkan, sebaliknya dapat dirasai secara langsung oleh rakyat melalui penyampaian pelbagai…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PRU16 wajar selepas rakyat rasai kesan pemulihan ekonomi – Hassan Karim

PRU16 wajar selepas rakyat rasai kesan pemulihan ekonomi – Hassan Karim

PH kaji kekalahan PRN, rangka strategi baharu

PH kaji kekalahan PRN, rangka strategi baharu

Projek Empangan Air RM450.5 juta ikut jadual, siap 2027

Projek Empangan Air RM450.5 juta ikut jadual, siap 2027

Pahang rekod kadar penyertaan tenaga buruh tertinggi di Pantai Timur

Pahang rekod kadar penyertaan tenaga buruh tertinggi di Pantai Timur

Trump tangguh rancangan serang Iran

Trump tangguh rancangan serang Iran

PMK 2026 himpun pelbagai agensi, mudahkan rakyat akses perkhidmatan

PMK 2026 himpun pelbagai agensi, mudahkan rakyat akses perkhidmatan