GISBH: Aurad Muhammadiah masih jadi amalan ahli, pengikut

MENTERI Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution menepis dakwaan bahawa ahli dan pengikut Global Ikhwan Services and Business Holdings (GISBH) sudah tidak mengamalkan kepercayaan Aurad Muhammadiah yang diwarisi sejak era al-Arqam.

Menurutnya, penemuan itu susulan daripada siasatan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang mendapat pengakuan daripada individu yang ditahan.

“Saya ingin mengesahkan siasatan setakat ini adanya pengakuan amalan terhadap ajaran Aurad Muhammadiah masih diamalkan oleh mereka yang kita tangkap dan siasat.

“Jadi kalau pun ada kenyataan di luar yang menyebut bahawa mereka tidak lagi mengamalkan itu, itu kenyataan (mereka). Kita hanya akan bercakap berasaskan kepada butiran dan dapatan siasatan yang berlaku,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sesi Penerangan Menteri mengenai Perkembangan dan Tindakan di Peringkat Kementerian Dalam Negeri berkaitan isu GISBH di Dewan Rakyat, hari ini.

Sebelum ini, menerusi sebuah sidang media, Khaulah Ashaari, anak kepada bekas pengasas al-Arqam, Ashaari Muhammad tampil menafikan bahawa ahli dan pengikut GISBH masih mengamalkan kepercayaan yang sudah diisytiharkan sesat itu.

Mengulas lanjut, Saifuddin berkata, siasatan lanjut membabitkan proses menjejak dan mendapatkan semula aset dimiliki kumpulan berkenaan termasuk yang di luar negara juga bakal dilakukan.

“Siasatan ke luar negara bukan satu tugas mudah. Siasatan entiti di luar negara akan diperluas. Ketua Polis Negara turut menyebut kegagalan syarikat ini membayar cukai pendapatan dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) atau perbuatan tidak membayar gaji. Tidak membayar gaji satu tindakan serius di 19 negara ini.

“Jadi pihak polis sudah pun membuat langkah menghubungi negara-negara berkenaan dengan kita mengguna pakai ‘mutual legal agreement’ bagi mudahkan kerjasama dibuat,” katanya.

Terdahulu, polis memaklumkan tentang 23 harta milik GISBH di luar negara membabitkan 10 negara dengan anggaran nilai RM52.4 juta.

Pada sesi sama, Saifuddin memaklumkan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) akan menangani isu nasab anak-anak yang terbabit.

“Kita akan mengesan susur galur bagi mengelakkan masalah nasab ke depan nanti kerana kompleksnya apabila anak-anak ini ditinggalkan dalam keadaan tidak mengenali susur-galur keluarga.

“Itu semua akan dilakukan secara telus oleh pakar-pakar psikologi kita. Di PDRM kita ada D11, selain Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Ini melibatkan peranan besar, ribuan anggota polis dan pegawai kerajaan di peringkat kementerian dalam memperhalusi isu ini satu persatu,” katanya.

Related Posts

Jangan cipta naratif “zero sum game”, keharmonian negara boleh terjejas

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim membidas segelintir pihak termasuk golongan akademik yang didakwa sengaja membina naratif mengelirukan mengenai peruntukan kuota pendidikan. Beliau mengingatkan Program Matrikulasi pada…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerajaan MADANI tidak pernah angkat elitisme, paling lantang pertahan agenda Bumiputera

KUALA LUMPUR – Kerajaan MADANI lebih lantang dan berani dalam usaha memperkasakan agenda Bumiputera dan tidak pernah mendukung elitisme hingga meminggirkan kepentingan golongan itu seperti yang didakwa sesetengah pihak. Perdana…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

‎108 pelajar Matunggong terima insentif SPM, bukti peningkatan luar bandar

‎108 pelajar Matunggong terima insentif SPM, bukti peningkatan luar bandar

Pindaan Akta MARA benteng undang-undang perkukuh agenda Bumiputera

Pindaan Akta MARA benteng undang-undang perkukuh agenda Bumiputera

Jangan cipta naratif “zero sum game”, keharmonian negara boleh terjejas

Jangan cipta naratif “zero sum game”, keharmonian negara boleh terjejas

Lambakan maklumat: Rakyat perlu bijak beza wartawan dan netizen

Lambakan maklumat: Rakyat perlu bijak beza wartawan dan netizen

Ziarah Shifa Sejahtera MADANI santuni pesakit strok di Dungun

Ziarah Shifa Sejahtera MADANI santuni pesakit strok di Dungun

Kerajaan MADANI tidak pernah angkat elitisme, paling lantang pertahan agenda Bumiputera

Kerajaan MADANI tidak pernah angkat elitisme, paling lantang pertahan agenda Bumiputera