Kepengerusian Asean 2025: Sikap neutral Malaysia beri nilai tambah

SEBAGAI Pengerusi Asean 2025, pendekatan neutral Malaysia yang dibawa oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan nilai tambah dalam mengekalkan keseimbangan ekosistem teguh dengan negara-negara luar, yang turut menarik perhatian pelbagai pihak di peringkat antarabangsa.

Sisi ini dapat dilihat apabila Asean dan China bersetuju untuk menyelesaikan konflik di Laut China Selatan, yang sekian lama menimbulkan ketegangan di rantau Asia Tenggara, melalui jalur diplomatik.

Anwar berkata, perkara itu dicapai dalam Sidang Kemuncak Asean-China, yang menyaksikan kedua-dua pihak sepakat untuk mengelakkan sebarang tindakan keganasan di wilayah itu.

Geostrategis, Prof Azmi Hassan berpendapat, posisi Anwar itu membuktikan beliau bijak mengatur strategi dan berkemampuan mengemudi blok yang terdiri daripada 10 anggota itu.

Menurut Azmi, Anwar juga berusaha mengharungi cabaran kritikal serta pelbagai konflik serantau dan global.

“Sebagai contoh yang paling nyata adalah di Laut China Selatan. Kita ada permasalahan dengan China dan itu adalah geopolitik, tetapi Malaysia berbaik-baik dan berdiplomasi dengan China supaya tidak merencatkan hubungan ekonomi, begitu juga Amerika Syarikat (AS) yang bersaing dengan China.

“Kita berbaik dengan AS, malah dengan Kesatuan Eropah (EU) dan negara Arab, dan ini telah dibuktikan Malaysia sebagai sebuah negara dan itu sebagai pengerusi, Anwar Ibrahim janjikan Asean yang hendak dijadikan sebagai ‘centrality’ iaitu lebih dipandang hormat oleh negara-negara luar daripada Asean.

“Jadi, Malaysia mahu membawa supaya negara-negara Asean lebih terlibat dengan geopolitik yang lebih memberi manfaat kepada negara anggota,” katanya ketika dihubungi The Malaysia Press.

Sementara itu, Azmi berkata, kredibiliti sebagai pengerusi Asean dapat dilihat lebih apabila sebelum ini Anwar juga telah membuktikan bagaimana sukarnya berhadapan dengan China, AS dan EU serta negara Arab di samping membuat pelbagai keputusan agar tidak merencatkan aktiviti ekonomi negara.

Katanya, Perdana Menteri juga berani dalam menyatakan ketegasan beliau berkaitan sesuatu isu dan memberikan sepenuh komitmen untuk ‘menenangkan’ landskap global.

“Keistimewaan Anwar boleh dilihat menerusi hubungan baik Hamas, terutama bekas Ketua Biro Politiknya, Ismail Haniyeh.

“Selain itu, beliau juga membuat kenyataan tegas untuk menghalang kapal Israel berlabuh di Malaysia, berbeza dengan pasukan pejuang Houthi dari Yaman melaksanakan operasi ketenteraan menyerang terus tiga kapal di Laut Merah dan Laut Arab.

“Itu keperibadian sebenarnya, bila beliau berhujah dengan pemimpin negara lain, saya secara peribadi sendiri tidak risau kerana Anwar bijak berhujah, ‘articulated’ dalam perbincangannya,” katanya.

Pada 7 Mei lalu, Anwar mengatakan Malaysia kekal dengan pendirian untuk tidak membenarkan syarikat yang berdaftar dengan Israel untuk masuk dan melakukan sebarang aktiviti di negara ini.

Beliau berkata, ini termasuklah tidak mengizinkan semua kapal kargo milik rejim zionis berlabuh menggunakan pelabuhan di negara ini.

Related Posts

Tiga tahun pentadbiran PMX dari sudut pandang sosial rakyat

BERIKUT adalah sudut pandang sosial rakyat terhadap tiga tahun pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim (PMX). Dapatan yang terhasil berdasarkan data rasmi, laporan kerajaan, dan statistik yang boleh disahkan.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
SPR keluar 446 kertas undi pos bagi PRK Kinabatangan, Lamag

KINABATANGAN – Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) mengeluarkan sebanyak 446 kertas undi pos kepada individu yang berhak untuk mengundi secara pos dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kinabatangan dan Dewan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Ta’awun atau taktik? Bila agama dijadikan perisai kegagalan politik

Ta’awun atau taktik?  Bila agama dijadikan perisai kegagalan politik

Tiga tahun pentadbiran PMX dari sudut pandang sosial rakyat

Tiga tahun pentadbiran PMX dari sudut pandang sosial rakyat

Polis sedang cuti individu tular tampar lelaki di stesen minyak

Polis sedang cuti individu tular tampar lelaki di stesen minyak

SPR keluar 446 kertas undi pos bagi PRK Kinabatangan, Lamag

  • By Fatin
  • January 12, 2026
SPR keluar 446 kertas undi pos bagi PRK Kinabatangan, Lamag

RM21.476 juta untuk kemudahan rakyat Kadamaian, Jalan Taginambur–Kamburaon dinaik taraf

RM21.476 juta untuk kemudahan rakyat Kadamaian, Jalan Taginambur–Kamburaon dinaik taraf

Sarawak perkenal Program Bas Sekolah Percuma, rintis penggunaan teknologi pintar

Sarawak perkenal Program Bas Sekolah Percuma, rintis penggunaan teknologi pintar