Enam pelancong China cedera, pemandu parah dalam kemalangan bas persiaran di Sandakan

SANDAKAN – Enam pelancong China cedera manakala pemandu parah apabila bas persiaran milik Syarikat Borneo Tracker dinaiki mereka terbabas berhadapan Young Superstore di Jalan Sibuga, di sini, pagi Ahad.

Dalam kejadian kira-kira pukul 9 pagi itu, pemandu bas terbabit yang berusia 63 tahun dilaporkan parah, sebelum semua mangsa dikejarkan ke Hospital Duchess Of Kent (HDOK) oleh orang awam untuk rawatan lanjut.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sandakan, Penolong Kanan Penguasa Bomba (PKPgB), Severinus@Mohd Nidzam Sainkui berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 9.15 pagi.

Katanya, sepasukan lapan anggota bersama jentera dan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) digerakkan ke lokasi kejadian yang terletak enam kilometer dari balai bomba.

“Setiba di lokasi mendapati kemalangan membabitkan sebuah bas persiaran membawa pelancong dari China seramai 17 orang terdiri daripada 13 dewasa manakala empat kanak-kanak.

“Enam pelancong cedera manakala pemandu parah dan semua mangsa dihantar ke HDOK oleh orang awam sebelum jentera bomba tiba di lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Menurut Severinus, pasukan bomba bertindak menjalankan operasi membersihkan tumpahan minyak di lokasi kejadian menggunakan satu aliran salur bantu mula melalui sumber air tangki jentera.

“Selepas memastikan keadaan selamat, operasi ditamatkan pada 10.42 pagi,” katanya.

Related Posts

Cuaca panas: Miri mohon tambahan anggota bomba, peruntukan tangani kebakaran belukar

MIRI – Keadaan cuaca panas dan kering yang melanda daerah ini mencetuskan kebimbangan susulan peningkatan kes kebakaran belukar yang dilaporkan semakin kerap berlaku sejak kebelakangan ini. Timbalan Menteri Pelancongan, Seni…

Lebih lanjut

teruskan membaca
STEM Catalysts 2026 latih 260 pelajar Sebuyau kuasai teknologi

SEBUYAU – Program STEM Catalysts 2026 yang berlangsung di Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Chung Hua Sebuyau di sini berjaya memperkasa lebih 260 pelajar generasi baharu untuk mendepani teknologi masa depan.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Harga diesel turun lagi 85 sen

Harga diesel turun lagi 85 sen

Kerajaan teliti impak gangguan petrokimia susulan penutupan Selat Hormuz

Kerajaan teliti impak gangguan petrokimia susulan penutupan Selat Hormuz

Kerajaan bakal umum langkah baharu tangani pengangguran minggu depan

Kerajaan bakal umum langkah baharu tangani pengangguran minggu depan

463 permohonan turunkan kandungan berita palsu diterima MCMC

463 permohonan turunkan kandungan berita palsu diterima MCMC

BDR bantu jimat lebih 300,000 liter bahan api dalam tempoh seminggu

BDR bantu jimat lebih 300,000 liter bahan api dalam tempoh seminggu

200 juta liter diesel ke Australia bukan dari Malaysia – Fahmi

200 juta liter diesel ke Australia bukan dari Malaysia – Fahmi