Harga diesel turun lagi 85 sen

PUTRAJAYA – Harga runcit diesel tanpa subsidi bagi tempoh 23 hingga 29 April menurun sebanyak 85 sen iaitu RM5.12 seliter berbanding RM5.97 seliter sebelum ini.

Kementerian Kewangan (MOF) memaklumkan, harga RON97 tanpa subsidi turut turun 25 sen iaitu pada kadar RM4.85 seliter berbanding RM5.10 seliter.

Harga runcit RON95 juga dilaporkan turun sebanyak 15 sen iaitu ditawarkan pada kadar RM3.87 seliter berbanding RM4.02.

“Selaras dengan formula Automatic Pricing Mechanism (APM), untuk minggu ini, harga runcit diesel di Semenanjung Malaysia dan harga runcit petrol RON95 dan RON97 diturunkan berikutan penurunan harga pasaran antarabangsa.

“Penurunan harga minggu ini adalah berdasarkan formula APM yang mengambil kira purata harga minggu terdahulu.

“Walaupun terdapat pelarasan, harga petroleum kekal tinggi berbanding paras sebelum konflik,” katanya menerusi kenyataan.

MOF menjelaskan, kerajaan akan terus memantau rapi perkembangan semasa susulan konflik di Asia Barat yang berlarutan dan mengambil langkah terbaik.

Ia bagi memastikan keterjaminan bekalan bahan api di samping melindungi rakyat serta sektor ekonomi daripada impak penuh gangguan rantaian bekalan.

“Walaupun harga minyak global menunjukkan tanda penyusutan, ketidaktentuan pasaran tenaga masih berterusan dan pemulihan bekalan tidak berlaku serta-merta.

“Gangguan kepada kemudahan pengeluaran di Asia Barat serta rantaian logistik dan penghantaran global memerlukan masa untuk kembali stabil,” jelasnya.

MOF menegaskan, kerajaan akan terus mengambil pendekatan berhemah bagi melindungi rakyat daripada turun naik harga serta memastikan bekalan bahan api negara kekal mencukupi dan terjamin

“Dalam tempoh ini, rakyat diseru untuk terus menggunakan bahan api secara berhemah bagi membantu memperkukuh kestabilan bekalan negara,” ujarnya.

Related Posts

Royalti petroleum: Antara persepsi dan realiti sebenar

ISU royalti petroleum kembali dipolemikkan seolah-olah wujud ketidakadilan besar terhadap negeri pengeluar seperti Terengganu. Namun, persoalan sebenar yang perlu ditanya bukanlah ‘berapa banyak negeri terima’, tetapi bagaimana sistem ini sebenarnya…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerajaan teliti impak gangguan petrokimia susulan penutupan Selat Hormuz

PUTRAJAYA – Kerajaan sedang memperhalusi kesan gangguan bekalan bahan petrokimia terhadap rantaian bekalan, khususnya sektor pembungkusan barangan keperluan harian, susulan penutupan Selat Hormuz. Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Fahmi Fadzil berkata,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Royalti petroleum: Antara persepsi dan realiti sebenar

Royalti petroleum: Antara persepsi dan realiti sebenar

Harga diesel turun lagi 85 sen

Harga diesel turun lagi 85 sen

Kerajaan teliti impak gangguan petrokimia susulan penutupan Selat Hormuz

Kerajaan teliti impak gangguan petrokimia susulan penutupan Selat Hormuz

Kerajaan bakal umum langkah baharu tangani pengangguran minggu depan

Kerajaan bakal umum langkah baharu tangani pengangguran minggu depan

463 permohonan turunkan kandungan berita palsu diterima MCMC

463 permohonan turunkan kandungan berita palsu diterima MCMC

BDR bantu jimat lebih 300,000 liter bahan api dalam tempoh seminggu

BDR bantu jimat lebih 300,000 liter bahan api dalam tempoh seminggu