BDR bantu jimat lebih 300,000 liter bahan api dalam tempoh seminggu

PUTRAJAYA – Pelaksanaan kaedah bekerja dari rumah (BDR) dalam sektor awam mencatatkan penjimatan kira-kira 334,000 liter bahan api bernilai lebih RM678,000 dalam tempoh seminggu.

Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Fahmi Fadzil berkata, penjimatan itu direkodkan bagi tempoh 15 hingga 21 April hasil pelaksanaan dasar berkenaan.

Beliau berkata, perkembangan itu menunjukkan impak positif BDR dalam mengurangkan kos, khususnya penggunaan bahan api dalam kalangan penjawat awam.

“Anggaran penjimatan ini dibentangkan kepada Jemaah Menteri oleh Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar, dalam mesyuarat Kabinet hari ini,” katanya pada sidang media mingguan di sini.

Dalam pada itu, beliau berkata, lebih 155,000 penjawat awam telah memohon untuk melaksanakan BDR setakat ini.

Menurutnya, kerajaan turut meneliti potensi penjimatan lebih besar dengan mendapatkan maklumat daripada sektor swasta berhubung pelaksanaan kaedah sama.

“Kita mahu melihat sejauh mana penjimatan keseluruhan yang boleh dicapai melalui pendekatan ini,” katanya.

Terdahulu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, mengumumkan bahawa Jemaah Menteri bersetuju melaksanakan dasar BDR membabitkan kementerian, agensi, badan berkanun serta syarikat berkaitan kerajaan (GLC), berkuat kuasa mulai 15 April lalu.

Related Posts

Kerajaan teliti impak gangguan petrokimia susulan penutupan Selat Hormuz

PUTRAJAYA – Kerajaan sedang memperhalusi kesan gangguan bekalan bahan petrokimia terhadap rantaian bekalan, khususnya sektor pembungkusan barangan keperluan harian, susulan penutupan Selat Hormuz. Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Fahmi Fadzil berkata,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Harga diesel turun lagi 85 sen

Harga diesel turun lagi 85 sen

Kerajaan teliti impak gangguan petrokimia susulan penutupan Selat Hormuz

Kerajaan teliti impak gangguan petrokimia susulan penutupan Selat Hormuz

Kerajaan bakal umum langkah baharu tangani pengangguran minggu depan

Kerajaan bakal umum langkah baharu tangani pengangguran minggu depan

463 permohonan turunkan kandungan berita palsu diterima MCMC

463 permohonan turunkan kandungan berita palsu diterima MCMC

BDR bantu jimat lebih 300,000 liter bahan api dalam tempoh seminggu

BDR bantu jimat lebih 300,000 liter bahan api dalam tempoh seminggu

200 juta liter diesel ke Australia bukan dari Malaysia – Fahmi

200 juta liter diesel ke Australia bukan dari Malaysia – Fahmi