Kerajaan bakal umum langkah baharu tangani pengangguran minggu depan

PUTRAJAYA – Kerajaan akan memperkenalkan langkah tambahan dalam masa terdekat bagi membantu golongan yang masih terpinggir daripada pasaran pekerjaan susulan krisis bekalan global.

Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Fahmi Fadzil berkata, perkara itu telah dibincangkan secara awal dalam mesyuarat Jemaah Menteri yang dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, hari ini.

“Ya. Kemungkinan (langkah tambahan akan diumum) pada minggu depan. Ada disentuh sedikit pada (mesyuarat Kabinet) hari ini.

“Tapi lebih kepada beberapa angka mengenai mengesan jumlah yang dimaksudkan,” katanya pada sidang media mingguan di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kemungkinan pengumuman itu dibuat sempena sambutan Hari Pekerja pada 1 Mei ini.

Menurut beliau, cadangan langkah berkenaan akan diperhalusi dalam mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) yang dijadual berlangsung minggu depan.

Sebelum ini, Perdana Menteri dilaporkan memaklumkan kerajaan akan mengumumkan inisiatif tambahan dalam tempoh terdekat bagi memastikan golongan yang masih belum memperoleh pekerjaan tidak terus tercicir.

Beliau berkata, kumpulan terbabit merangkumi siswazah serta lepasan diploma yang berdepan kesukaran memasuki pasaran kerja, sekali gus memastikan kemahiran mereka dapat dimanfaatkan.

“Saya akan umumkan langkah tambahan supaya kelompok yang tersisih daripada peluang pekerjaan termasuk siswazah menganggur ataupun yang lulusan diploma itu.

“Kita akan umumkan dalam masa singkat,” katanya seperti dilaporkan.

Related Posts

Kerajaan teliti impak gangguan petrokimia susulan penutupan Selat Hormuz

PUTRAJAYA – Kerajaan sedang memperhalusi kesan gangguan bekalan bahan petrokimia terhadap rantaian bekalan, khususnya sektor pembungkusan barangan keperluan harian, susulan penutupan Selat Hormuz. Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Fahmi Fadzil berkata,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Harga diesel turun lagi 85 sen

Harga diesel turun lagi 85 sen

Kerajaan teliti impak gangguan petrokimia susulan penutupan Selat Hormuz

Kerajaan teliti impak gangguan petrokimia susulan penutupan Selat Hormuz

Kerajaan bakal umum langkah baharu tangani pengangguran minggu depan

Kerajaan bakal umum langkah baharu tangani pengangguran minggu depan

463 permohonan turunkan kandungan berita palsu diterima MCMC

463 permohonan turunkan kandungan berita palsu diterima MCMC

BDR bantu jimat lebih 300,000 liter bahan api dalam tempoh seminggu

BDR bantu jimat lebih 300,000 liter bahan api dalam tempoh seminggu

200 juta liter diesel ke Australia bukan dari Malaysia – Fahmi

200 juta liter diesel ke Australia bukan dari Malaysia – Fahmi