Aktivis buat kecoh depan Parlimen, minta Fadhlina turun walau telah hantar wakil

KUALA LUMPUR – Tindakan aktivis yang mendesak Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek turun sendiri menerima memorandum berhubung kematian pelajar Tingkatan Satu, Zara Qairina Mahathir disifatkan sebagai keterlaluan dan tidak menghormati saluran rasmi yang telah ditetapkan.

Difahamkan, walaupun Fadhlina menghantar wakil rasmi dari pejabatnya untuk menerima memorandum berkenaan, kumpulan itu tetap mempertikaikan ketidakhadiran beliau, di samping mengeluarkan kenyataan yang berbaur sindiran terhadap menteri tersebut.

Kumpulan yang diketuai Presiden Himpunan Advokasi Rakyat Malaysia, Brendon Gan mendakwa menteri tidak mengotakan janji untuk hadir, walaupun hakikatnya telah menghantar wakil yang sah bagi menerima memorandum tersebut

“Memorandum ini bukan sekadar kertas, ia disokong lebih 200 pertubuhan masyarakat sivil dan 3,000 orang awam. 

“Adakah ini tidak penting buat Fadhlina?”
soal Gan dalam sidang media di luar Parlimen hari ini. 

Gan serta gerakan mahasiswa dan badan bukan kerajaan (NGO) berarak hampir dua kilometer dari Taman Tugu ke bangunan parlimen, kira-kira 10 pagi tadi bawah pemantauan anggota polis yang jauh lebih ramai daripada peserta.

Perhimpunan itu dihalang polis kira-kira 200 meter dari pintu utama parlimen, dengan pihak berkuasa membentuk sekatan manusia demi memastikan kelancaran urusan persidangan Parlimen dan keselamatan masyarakat awam.

Kumpulan itu bersurai pada 12.20 tengah hari, dengan beberapa ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang muncul menerima memorandum dan menyampaikan ucapan ringkas.  

Antara Ahli Parlimen yang hadir Ahli Parlimen Segamat, R Yuneswaran; Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman; Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin; Ahli Parlimen Kota Bharu, Datuk Seri Takiyuddin Hassan; Ahli Parlimen Kubang Kerian, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man.

Pada Jumaat malam, ribuan berkumpul di tiga bandar di Sabah bagi mendesak keadilan untuk Zara, yang kematiannya bulan lalu mencetuskan kemarahan isu buli di sekolah.  

Zara Qairana ditemui pengsan dalam parit bawah asrama sekolahnya di Papar pada 16 Julai dan meninggal keesokan harinya di Hospital Queen Elizabeth I, Kota Kinabalu dan keluarga percaya buli mungkin punca kematiannya.

Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh menegaskan kementerian sedia bekerjasama dengan polis dalam siasatan.  

Polis mengesahkan pasukan petugas khas Bukit Aman akan mengambil alih siasatan, sementara Yang Dipertua Negeri Sabah Musa Aman menggesa siasatan menyeluruh dan terperinci dalam kes itu.

Related Posts

Kos pengeluaran agrokomoditi meningkat susulan kenaikan input pertanian

PUTRAJAYA – Kos pengeluaran industri agrokomoditi negara meningkat susulan kenaikan ketara harga input pertanian termasuk baja NPK bagi kategori tempatan dan import yang naik sehingga 45.5 peratus, manakala racun meningkat…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sebahagian kecil produk ubat, peranti perubatan berdepan risiko tinggi

PUTRAJAYA – Sebanyak 16.8 peratus bekalan ubat negara dikenal pasti berada pada tahap risiko tinggi setakat 8 Mei dan memerlukan pemantauan serta langkah mitigasi secara berterusan susulan krisis bekalan global.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sinar harapan pesakit HIV: Rawatan moden kembalikan kualiti hidup, hentikan stigma   

Sinar harapan pesakit HIV: Rawatan moden kembalikan kualiti hidup, hentikan stigma   

Johor terima lebih RM600 juta perkukuh infrastruktur hadapi risiko banjir

Johor terima lebih RM600 juta perkukuh infrastruktur hadapi risiko banjir

UMNO Perlis mahu kemelut politik negeri dihentikan

UMNO Perlis mahu kemelut politik negeri dihentikan

Dokumentari Banjaran Nakawan tingkat kesedaran warisan Perlis

Dokumentari Banjaran Nakawan tingkat kesedaran warisan Perlis

18 ekor lembu korban disumbangkan ke Kampung, agensi

18 ekor lembu korban disumbangkan ke Kampung, agensi

Kerajaan Sabah galak wujud pusat autisme luar bandar, pedalaman

Kerajaan Sabah galak wujud pusat autisme luar bandar, pedalaman