Pasukan guaman keluarga Zara sifatkan perkembangan siasatan positif, harap punca kematian terungkai

KOTA KINABALU – Peguam keluarga Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir menyifatkan langkah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman mengambil alih siasatan kes ini sebagai perkembangan positif yang selaras dengan permohonan mereka kepada Jabatan Peguam Negara sebelum ini.

Dalam kenyataan media bersama pada Selasa, peguam Shahlan Jufri, Rizwandean M Borhan dan Mohd Luqman Syazwan Zabidi berkata, pengambilalihan itu diharap mampu merungkai punca kematian Zara sekali gus membuktikan sama ada wujud unsur jenayah dalam tragedi tersebut.

Menurut mereka, tindakan itu memenuhi antara satu daripada empat perkara yang dimohon dalam surat bertarikh 5 Ogos lalu kepada Jabatan Peguam Negara.

“Empat perkara itu ialah kertas siasatan dikembalikan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan siasatan dibuka semula.

“Kedua, proses siasatan dijalankan oleh pegawai penyiasat berpengalaman dari Bukit Aman.

“Ketiga, penggalian semula kubur Zara bagi menjalankan bedah siasat untuk menentukan punca sebenar kematian.

“Seterusnya mengadakan inkues bagi menentukan sama ada wujud unsur jenayah dalam kematian tersebut,” kata kenyataan tersebut.

Jelas mereka, perkembangan positif ini diharap dapat merungkai isu kematian Zara dan seterusnya membuktikan bahawa wujud unsur jenayah yang telah menyebabkan kematian tersebut.

Related Posts

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

PUTRAJAYA – Pakatan Harapan (PH) akan mengadakan mesyuarat dalam masa terdekat bagi meneliti beberapa perkara yang dibangkitkan pada Kongres Nasional PKR dan Persidangan Kebangsaan DAP. Ketua Penerangan PKR, Datuk Seri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

KUALA LUMPUR – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mencatatkan pendapatan pelaburan RM57.50 bilion bagi tempoh enam bulan berakhir 30 Jun 2026, meningkat 48 peratus berbanding RM38.92 bilion dalam tempoh sama…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

  • By Fandi
  • August 17, 2026
LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok