Forum Kenegaraan MADANI dekati komuniti Siam di Perlis

CHUPING – Program Bicara Cinta Bangsa: Forum Kenegaraan Malaysia MADANI di Kampung Siam Guar Nangka di sini baru-baru ini merupakan siri kelima pelaksanaannya di negeri Perlis dalam usaha menerapkan konsep tersebut di peringkat akar umbi.

Pengerusi Yayasan Cinta Bangsa, Dr. Khairul Anam Che Mentri berkata, pendekatan forum itu menekankan keperluan membawa gagasan Malaysia MADANI terus ke peringkat komuniti.

“Malaysia MADANI tidak boleh kekal sebagai wacana elit. Ia perlu difahami serta diuji di kampung serta dalam komuniti kecil dan lebih menarik, lebih 100 penduduk hadir ke program ini.

“Kampung Siam Guar Nangka dipilih kerana komuniti Siam dikenal pasti antara golongan Bumiputera yang paling terpinggir daripada arus perdana dari segi sosial, ekonomi dan pendidikan,” katanya.

Tambahnya, forum itu turut menjadi medan mengenal pasti isu rakyat bawahan, khususnya di kawasan luar bandar, selain mengukuhkan kerjasama antara badan bukan kerajaan, pimpinan masyarakat dan penduduk setempat.

Forum itu dianjurkan oleh Akademi Kenegaraan Malaysia Negeri Perlis, Persatuan Kesejahteraan Prihatin Negeri Perlis (myPESONA), NGO Cinta Bangsa serta Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Kampung Siam Guar Nangka.

Program berkenaan bertujuan menerangkan konsep Malaysia MADANI kepada rakyat, selain menjelaskan dasar dan ikhtiar Kerajaan Perpaduan dalam usaha memulihkan ekonomi serta meningkatkan taraf hidup masyarakat.

Majlis sama turut menampilkan empat ahli panel iaitu Pengarah JKOM Zon Utara, Kapten (B) Azizi Azizan, wakil Akademi Kenegaraan Malaysia Negeri Perlis, Mohd Shaiful Md Desa, Dr. Khairul Anam Che Mentri serta aktivis muda kaum Siam, S Sharmila.

Program itu turut diserikan dengan persembahan gendang panjang dan tarian menora masyarakat Siam tempatan sebagai usaha memelihara seni warisan etnik berkenaan.

Related Posts

PKR Masjid Tanah tampil calon muda, bukti komitmen bawa perubahan 

MASJID TANAH – PKR Cabang Masjid Tanah memberi bayangan bakal menampilkan barisan calon muda pada pilihan raya akan datang sebagai usaha membawa pembaharuan politik yang lebih dekat dengan denyut nadi…

Lebih lanjut

teruskan membaca
UMS laksana MSM, PdP dalam talian bagi dua program asasi

KOTA KINABALU – Minggu Suai Mesra (MSM) dan sesi Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) bagi Program Asasi Teknologi Maklumat serta Asasi Sains Sosial di Universiti Malaysia Sabah (UMS) akan dilaksanakan secara…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Trump arah ketua perisikan sementara pecat kakitangan

Trump arah ketua perisikan sementara pecat kakitangan

Orang politik tunggang krisis diraja Negeri Sembilan?

Orang politik tunggang krisis diraja Negeri Sembilan?

PKR Masjid Tanah tampil calon muda, bukti komitmen bawa perubahan 

PKR Masjid Tanah tampil calon muda, bukti komitmen bawa perubahan 

Permohonan undi pos PRN Johor dibuka

Permohonan undi pos PRN Johor dibuka

UMS laksana MSM, PdP dalam talian bagi dua program asasi

UMS laksana MSM, PdP dalam talian bagi dua program asasi

2 tahun terajui LPKP Sabah, Vivian bangga pelbagai pembaharuan berjaya dilaksana

2 tahun terajui LPKP Sabah, Vivian bangga pelbagai pembaharuan berjaya dilaksana