67 kontraktor Pahang terima tawaran kerja elektrik JKR

KUANTAN – Jabatan Kerja Raya (JKR) menyediakan peruntukan RM6.246 juta bagi kerja pembaikan lampu jalan dan lampu isyarat di Pahang, untuk tahun ini.

Kerja berkenaan akan dilakukan kontraktor dipilih bermula minggu depan dengan sasaran tempoh siap adalah selama 30 hari.

Exco Kerja Raya, Pengangkutan dan Kesihatan negeri, Datuk Ir Razali Kassim berkata, selain kerja pembaikan lampu jalan dan lampu isyarat, kerja penyelenggaraan serta kerja elektrik di bangunan kerajaan juga ditawarkan menerusi peruntukan itu.

“Antara skop kerja ditawarkan melalui cabutan undi dibuat adalah kerja-kerja lampu di laluan gelap yang berisiko kemalangan, pembaikan lampu jalan dan lampu isyarat akibat Monsun Timur Laut dan juga penyelenggaraan lampu jalan sedia ada.

“Turut disenaraikan kerja-kerja elektrik di bangunan kerajaan dengan nilai kerja ditawarkan bawah RM200,000.

“Dan jumlah kontraktor yang berdaftar bagi kerja-kerja ini seramai 155 kontraktor, mereka akan dipilih melalui kaedah cabutan undi bagi memastikan ketelusan dalam pemilihan kontraktor untuk setiap projek ditawarkan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Sesi Libat Urus dan Majlis Kerja Undi Bersama Kontraktor Elektrik Pahang di sini, hari ini.

Hadir sama Pengarah Kanan Cawangan Kejuruteraan Elektrik (CKE) JKR Malaysia, Datuk Ir Ismail Hashim dan Ketua Jurutera Elektrik CKE JKR Pahang, Ir Kamarul Hisyam Kamaruzzaman.

Razali memaklumkan, seramai 67 kontraktor menerima surat tawaran kerja mereka pada majlis berkenaan.

Katanya, lebih banyak tawaran kerja akan dibawa ke Pahang sepanjang tahun ini memandangkan rekod penyiapan projek dianugerahkan kepada kontraktor di negeri ini sangat memuaskan.

“Saya dimaklumkan memang ada banyak lagi projek akan dibawa masuk untuk kontraktor di Pahang selepas ini.

“Jadi, setiap kontraktor berpeluang menerima tawaran kerja… mungkin selepas ini giliran mereka pula mendapat kerja daripada JKR,” katanya.

Sementara itu, Ismail memaklumkan pihak JKR amat berpuas hati dengan rekod ditunjukkan kontraktor di Pahang sepanjang tahun lalu.

“Macam tahun lepas, sekitar suku kedua tahun 2025, boleh dikatakan hampir semua peruntukan membabitkan kerja elektrik berjaya digunakan JKR Pahang dan diagihkan (kerja) kepada kontraktor di negeri ini.

“Jadi, tahun ini kita jangka lebih banyak kerja berkaitan (elektrik) akan ditawarkan dan dibawa masuk ke Pahang… dan ia juga atas kesungguhan exco (Razali) selalu membangkitkan (mengenai) projek yang perlu disegerakan dan diberi keutamaan,” katanya.

Related Posts

RM6.75 juta dilabur bina tukun perkukuh rantaian makanan negara

MUKAH – Kerajaan Persekutuan menerusi Jabatan Perikanan Malaysia memperuntukkan sebanyak RM6.75 juta bagi program tukun tiruan di perairan daerah ini sejak 1998. Inisiatif berterusan yang dilaksanakan itu bertujuan memperkukuh isu…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sisa kimia letupan ikan bom ancam kesihatan pengguna – Hanifah Hajar

MUKAH – Pengguna dinasihatkan agar berwaspada terhadap penjualan lambakan ikan yang ditangkap menggunakan kaedah pengeboman di pasaran negara ini. Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Hanifah Hajar Taib berkata, ikan berkenaan sarat…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Fahmi nafi Negeri Sembilan abai isu ceroboh tanah, tindakan sudah diambil

Fahmi nafi Negeri Sembilan abai isu ceroboh tanah, tindakan sudah diambil

Sepanyol kembali ke puncak ranking FIFA

Sepanyol kembali ke puncak ranking FIFA

RM6.75 juta dilabur bina tukun perkukuh rantaian makanan negara

RM6.75 juta dilabur bina tukun perkukuh rantaian makanan negara

Sisa kimia letupan ikan bom ancam kesihatan pengguna – Hanifah Hajar

Sisa kimia letupan ikan bom ancam kesihatan pengguna – Hanifah Hajar

AMK Miri edar bendera semarak semangat patriotik Hari Sarawak

AMK Miri edar bendera semarak semangat patriotik Hari Sarawak

Sarawak percepat ukur tanah NCR jamin hak milik rakyat

Sarawak percepat ukur tanah NCR jamin hak milik rakyat