KPM, KPT teliti pelaksanaan mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah

KUALA LUMPUR – Kementerian Pendidikan (KPM) dan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) sedang meneliti secara terperinci aspek teknikal berkaitan pelaksanaan kewajipan mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah mengikut Kurikulum Kebangsaan bagi semua aliran pendidikan di negara ini.

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, penelitian itu memberi tumpuan kepada aspek penilaian pembelajaran, peperiksaan serta pemantauan kualiti pelaksanaan, khususnya membabitkan sekolah antarabangsa, sekolah agama rakyat, maahad tahfiz dan sekolah menengah persendirian Cina.

Beliau berkata, beberapa siri perbincangan telah mula diadakan, termasuk pertemuan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, dengan Persekutuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia dan Gabungan Persatuan Guru-Guru Sekolah Cina Malaysia, Persatuan Sekolah Tahfiz, Sekolah Agama Rakyat serta wakil sekolah antarabangsa.

“Dalam pertemuan tersebut, pihak KPM telah membincangkan mengenai ketetapan untuk pelajar di sekolah yang tidak berteraskan kurikulum kebangsaan menduduki Bahasa Melayu dan Sejarah di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

“Pihak KPM akan memaklumkan mengenai keputusan rasmi perkara yang dibangkitkan bersama semua pihak yang terlibat,” katanya ketika menggulung perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja bagi KPT di Dewan Rakyat, di sini, hari ini.

Bagi pihak KPT pula, Zambry berkata sesi libat urus telah diadakan pada 4 Februari lalu, antaranya bersama persatuan sekolah antarabangsa Malaysia, jawatankuasa pendidikan Dewan Perniagaan British Malaysia (BMCC), HELP International Schools Group, Sunway International Schools serta Taylor’s Education Group.

Menerusi sesi berkenaan, beliau berkata pihak sekolah antarabangsa, sekolah agama dan sekolah menengah persendirian Cina memaklumkan mereka telah menyediakan laluan peperiksaan SPM bagi membolehkan pelajar menyambung pengajian ke institut pengajian tinggi awam (IPTA).

“Lebih 87 peratus pelajar sekolah persendirian Cina mengambil peperiksaan SPM,” katanya.

Sementara itu, mengulas perubahan struktur program matrikulasi dan tingkatan enam, Zambry berkata KPT dan KPM sedang meneliti pelbagai urusan berkaitan termasuk aspek perundangan, kebajikan, kewangan, perjawatan, sistem serta pengurusan aset.

Beliau berkata, Jawatankuasa Pemandu Bersama antara KPT dan KPM telah ditubuhkan pada 19 Disember lalu bagi menilai semua aspek berkaitan, termasuk pengoptimuman penggunaan sumber sedia ada bagi kedua-dua program berkenaan.

Menurutnya, KPT akan mengambil alih sepenuhnya sistem prauniversiti yang merangkumi program tingkatan enam dan matrikulasi bermula tahun hadapan.

Related Posts

Dua anggota tentera terkorban semasa menjalani latihan bom

SUNGAI PETANI – Malang tidak berbau telah meragut nyawa dua anggota tentera akibat kecederaan parah terkena letupan bom ketika menjalani latihan di Kem Hobart, Gurun di sini, hari ini. Dalam…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Enam perusahaan terlibat ‘kartel penipuan’ pembekalan makanan berdepan penalti kewangan

PUTRAJAYA – Enam perusahaan berdepan penalti kewangan selepas didakwa terlibat dalam kartel penipuan bida bagi satu tender pembekalan makanan bernilai RM5.7 juta yang dikeluarkan oleh Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK). Pengerusi…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Anwar saran ASEAN-Rusia perluas kerjasama sektor strategik

Anwar saran ASEAN-Rusia perluas kerjasama sektor strategik

ASEAN-Rusia perluas kerjasama ekonomi menerusi pelan strategik baharu

ASEAN-Rusia perluas kerjasama ekonomi menerusi pelan strategik baharu

Tragedi Kem Hobart: 10 anggota tentera sudah terkorban semasa latihan bom

Tragedi Kem Hobart: 10 anggota tentera sudah terkorban semasa latihan bom

Misi Kasih MAMPAN singgah di FELDA Lepar Hilir 3

Misi Kasih MAMPAN singgah di FELDA Lepar Hilir 3

Pelajar IPTS ‘kantoi’ cuba seludup bunga ganja RM1.17 juta

Pelajar IPTS ‘kantoi’ cuba seludup bunga ganja RM1.17 juta

Negara hancur dengan kebencian

Negara hancur dengan kebencian