Program gotong-royong tingkatkan kesedaran komuniti di Mukah

MUKAH – Program gotong-royong anjuran Hospital Mukah dengan kerjasama Pusat Khidmat Parlimen Mukah berjaya meningkatkan kesedaran komuniti terhadap kepentingan kebersihan persekitaran.

Program yang bermula pada jam 8 pagi semalam melibatkan seramai 90 peserta terdiri daripada kakitangan Hospital Mukah, Pusat Khidmat Parlimen Mukah, Pejabat Daerah Mukah, Pejabat Kesihatan Bahagian Mukah, Ibu Pejabat Polis Daerah Mukah, Jabatan Bomba dan Penyelamat Mukah, Angkatan Pertahanan Awam Daerah Mukah serta Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum.

Pengarah Hospital Mukah, Dr Ardiff Damiri berkata, penganjuran program berkenaan merupakan antara inisiatif berterusan pihak hospital bagi memastikan persekitaran hospital sentiasa bersih, selamat dan kondusif selain memupuk semangat kerja berpasukan dan kesukarelaan.

“Program ini melibatkan kakitangan hospital dan komuniti berganding bahu menjalankan kerja-kerja mengecat kerusi pelawat, mengemas kawasan taman termasuk hiasan, serta memindahkan peralatan atau perabot rosak ke lokasi yang ditetapkan,” katanya ketika ditemui pada Sabtu.

Menurutnya, penganjuran gotong-royong seumpama itu bukan sahaja bertujuan meningkatkan tahap kebersihan persekitaran hospital, malah menjadi platform mengeratkan hubungan antara pihak hospital dan masyarakat.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Hanifah Hajar Taib atas inisiatif mencetuskan program berkenaan yang dilihat mampu meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan menjaga kebersihan kemudahan awam, khususnya institusi kesihatan.

“Program ini turut mengeratkan hubungan silaturahim antara pelbagai agensi terlibat serta menyemai rasa tanggungjawab bersama dalam menjaga kelestarian dan imej institusi kesihatan di daerah ini”, tambah Dr Ardiff.

Related Posts

Sebuah SUV terjunam dalam lombong, tiada mangsa ditemukan

IPOH – Sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis BMW X5 yang ditemukan terjunam ke dalam sebuah lombong berhampiran Klinik Desa Kampung Sungai Terap, Batu Gajah, malam Rabu, disahkan tidak melibatkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Presiden PRBS mengaku tidak salah guna jawatan libatkan peruntukan RM2 juta

KOTA KINABALU – Presiden Pertubuhan Rungus Bersatu Sabah (PRBS), Makinsos Nawai, 67, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu atas pertuduhan menggunakan jawatannya bagi mendapatkan peruntukan pembinaan Dewan Kebudayaan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pengundi Negeri Sembilan tolak retorik politik, pilih kesinambungan pentadbiran PH

Pengundi Negeri Sembilan tolak retorik politik, pilih kesinambungan pentadbiran PH

Laporan RCI TH perlu didedah segera, rakyat ada hak tahu kebenaran

Laporan RCI TH perlu didedah segera, rakyat ada hak tahu kebenaran

PH tawar kestabilan, BN masih cari formula kemenangan – Ustaz Shahir

PH tawar kestabilan, BN masih cari formula kemenangan – Ustaz Shahir

TH raih dua anugerah berprestij pengurusan hartanah

TH raih dua anugerah berprestij pengurusan hartanah

BN tidak pernah berubah, kekal bersama Kerajaan Perpaduan hingga tamat penggal – Ahmad Zahid

BN tidak pernah berubah, kekal bersama Kerajaan Perpaduan hingga tamat penggal – Ahmad Zahid

Pas gunakan penyatuan Melayu untuk dapatkan kuasa – Faiz Fadzil

Pas gunakan penyatuan Melayu untuk dapatkan kuasa – Faiz Fadzil