RISDA Pahang salur RM64.06 juta untuk pekebun kecil

KUANTAN – RISDA Pahang menyalurkan peruntukan berjumlah RM64.06 juta sepanjang tahun lalu bagi membantu pekebun kecil di negeri ini.

Bantuan itu merangkumi penanaman semula getah, pembangunan usahawan, hasil baharu, pengeluaran hasil getah dan rawatan serta pencegahan penyakit berkaitan tanaman itu.

Exco Hal Ehwal Agama Islam, Kemajuan Desa dan Hal Ehwal Orang Asli Pahang, Datuk Seri Syed Ibrahim Syed Ahmad berkata, jumlah sumbangan itu memberi manfaat kepada lebih 47,000 pekebun kecil di seluruh negeri ini.

“Sudah tentu jumlah peruntukan besar ini adalah bukti bahawa kerajaan amat prihatin dengan untung nasib warga pekebun kecil di Pahang.

“Seperti kita maklum, di Pahang ini ada 47,464 pekebun kecil yang bergantung kepada hasil getah sebagai sumber pendapatan mereka.

“Adalah menjadi harapan kita semua, terutamanya kerajaan Pahang, agar peruntukan besar ini membawa manfaat kepada pekebun kecil dalam meningkatkan tahap hidup mereka,” katanya ketika berucap merasmikan Program Pekebun Kecil Makmur Peringkat RISDA Negeri Pahang di Dewan Dato’ Zaharuddin Abu Kassim, dekat Kampung Ketam, Temerloh, petang semalam.

Teks ucapan beliau dibacakan Ahli Dewan Undangan Negeri (Lantikan) Pahang, Datuk Ahmad Irshadi Abdullah Al-Qari, selaku wakil rasmi untuk majlis itu.

Hadir sama Pengarah RISDA Pahang, Abdul Aziz Awang.

Turut diadakan bersempena program berkenaan adalah gerai pameran dan jualan hasil usahawan bimbingan RISDA negeri Pahang.

Mengulas lanjut, beliau berkata, RISDA sentiasa mencari jalan untuk membantu meningkatkan taraf sosio ekonomi warga pekebun kecil menerusi pelbagai program dan inisiatif.

Katanya, melalui kerjasama rapat antara Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah serta RISDA, nasib lebih 500,000 pekebun kecil di seluruh negara sentiasa dijaga.

“Di Temerloh sahaja, saya dimaklumkan terdapat 11,159 pekebun kecil… jadi, saya yakin RISDA Pahang juga mengambil berat terhadap kebajikan mereka.

“Jadi, kita nak tingkatkan lagi sistem penyampaian perkhidmatan supaya segala bentuk bantuan yang disediakan kepada pekebun kecil ini, dapat diperoleh dan dinikmati mereka sebaik mungkin,” katanya.

Related Posts

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

KOTA KINABALU – Kerajaan Persekutuan meluluskan RM1.57 bilion bagi memperkukuh pembangunan sektor kesihatan Sabah menerusi Rolling Plan 1 (RP1) Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi 2026. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

KUANTAN – Polis Pahang mengesahkan satu kejadian rompakan berlaku di sebuah kedai emas dalam pusat beli-belah di Genting Highlands dekat Bentong hari ini. Pemangku Ketua Polis Pahang Datuk Azry Akmar…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

  • By Fandi
  • August 17, 2026
LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok