SPRM tahan 11 pegawai agensi penguat kuasa, disiasat kes rasuah RM239,000

BINTULU – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sarawak menahan dan mereman 11 pegawai sebuah agensi penguatkuasa bagi membantu siasatan kes rasuah melibatkan jumlah kira-kira bernilai RM239,000, pada Selasa.

Suspek dibawa ke Mahkamah Majistret Bintulu selepas SPRM mengemukakan permohonan reman dan Majistret Kasyfurrahman Abang Ahmad membenarkan perintah reman mengikut tempoh berbeza terhadap individu terlibat.

Mahkamah memerintahkan enam suspek direman selama empat hari sehingga Jumaat ini, empat lagi selama lima hari sehingga 7 Februari, manakala seorang suspek direman selama tiga hari sehingga Khamis.

Semua suspek lelaki berusia antara 20 hingga 40-an ditahan pada Isnin antara jam 11.50 pagi hingga 4.00 petang ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Bintulu.

Pengarah SPRM Sarawak, Hasbilah Mohamad Salleh mengesahkan, penahanan tersebut dan memaklumkan siasatan masih di peringkat awal.

“Siasatan awal mendapati suspek dipercayai terlibat dalam perbuatan meminta dan menerima rasuah daripada ahli keluarga banduan sebagai balasan menjaga keselamatan serta memudahkan urusan tertentu,” katanya.

Beliau berkata, perbuatan itu dipercayai berlaku antara 2020 hingga 2025 dan melibatkan transaksi kewangan secara tidak langsung.

“Bayaran rasuah disyaki berjumlah antara RM2,400 hingga RM45,000 dan dibuat melalui pemindahan wang ke akaun bank milik isteri serta pihak perantara,” jelasnya.

Menurut beliau, SPRM memandang serius kesalahan berkenaan dan tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pegawai awam yang menyalahgunakan kedudukan untuk kepentingan peribadi.

“Tindakan tegas akan diambil selaras dengan peruntukan undang-undang. Kes ini disiasat mengikut Seksyen 16(a)(B) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009,” tegasnya.

Related Posts

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

KOTA KINABALU – Kerajaan Persekutuan meluluskan RM1.57 bilion bagi memperkukuh pembangunan sektor kesihatan Sabah menerusi Rolling Plan 1 (RP1) Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi 2026. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

PUTRAJAYA – Pakatan Harapan (PH) akan mengadakan mesyuarat dalam masa terdekat bagi meneliti beberapa perkara yang dibangkitkan pada Kongres Nasional PKR dan Persidangan Kebangsaan DAP. Ketua Penerangan PKR, Datuk Seri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

  • By Fandi
  • August 17, 2026
LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok