Strategi PRK Kinabatangan dan Lamag diperkukuh

KINABATANGAN – Mesyuarat Penyelarasan Kerajaan Perpaduan Negeri Sabah yang dipengerusikan Ketua UMNO Sabah, Datuk Jafry Ariffin, diadakan bagi memastikan gerak kerja jentera lebih tersusun serta strategi kempen diperkukuh menjelang Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kinabatangan dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag.

Jafry berkata, penyelarasan antara parti komponen penting bagi memastikan kemenangan calon BN iaitu Mohd Naim Kurniawan Moktar bagi Parlimen Kinabatangan dan Mohd Ismail Ayob (Miha) bagi DUN Lamag.

Beliau turut menekankan kepentingan memperkukuh perpaduan kerajaan negeri menerusi kerjasama erat semua parti komponen, selain merakamkan penghargaan kepada Ketua Menteri Sabah merangkap Presiden GRS, Datuk Hajiji Noor, atas sokongan padu terhadap usaha penyelarasan tersebut.

Menurutnya, kestabilan politik dan keberkesanan pentadbiran negeri bergantung kepada kesepakatan parti-parti komponen dalam merangka dasar yang konsisten, menyeluruh dan berpandangan jauh demi kepentingan rakyat.

“PRK ini bukan sekadar pertandingan politik, sebaliknya melibatkan mandat rakyat dan kestabilan masa depan kawasan.

“Kita bergerak sebagai satu pasukan, satu suara dan satu matlamat untuk menang,” ujarnya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Mesyuarat itu dihadiri wakil kepimpinan Barisan Nasional (BN), Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Parti Keadilan Rakyat (PKR), Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) dan Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), sekali gus mencerminkan kesepaduan dan komitmen bersama dalam Kerajaan Perpaduan.

Related Posts

Dua penjenayah mati ditembak, polis selamatkan mangsa culik

ALOR SETAR – Polis berjaya menyelamatkan dua mangsa culik yang ditemukan dalam keadaan mata ditutup dan tangan bergari menerusi serbuan di sebuah rumah di Taman Amira, Telaga Bata, Alor Setar,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Lelaki miliki heroin, syabu, ketamin dalam cecair vape ditahan

KAMPUNG GAJAH – Cubaan seorang lelaki menyimpan pelbagai jenis dadah termasuk heroin, methamphetamine dan cecair vape disyaki mengandungi ketamin terbongkar selepas diserbu polis di sebuah rumah di Kampung Teluk Saga,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Anwar puji tindakan AKPS sita kontena disyaki bawa dagangan ke Israel

Anwar puji tindakan AKPS sita kontena disyaki bawa dagangan ke Israel

Siasatan RCI TH tanpa kompromi, yang bersalah akan dikenakan tindakan – PM

Siasatan RCI TH tanpa kompromi, yang bersalah akan dikenakan tindakan – PM

Cuti sementara Nurul Izzah tidak jejas PKR – Fahmi

Cuti sementara Nurul Izzah tidak jejas PKR – Fahmi

Negara Arab banyak hancur kerana ekstremis, Malaysia jangan ulang kesilapan sama – Syeikh Wazir

Negara Arab banyak hancur kerana ekstremis, Malaysia jangan ulang kesilapan sama – Syeikh Wazir

Sebelum sepenggal, PMX berjaya letak Malaysia jadi 30 ekonomi terbesar dunia

Sebelum sepenggal, PMX berjaya letak Malaysia jadi 30 ekonomi terbesar dunia

Dua penjenayah mati ditembak, polis selamatkan mangsa culik

Dua penjenayah mati ditembak, polis selamatkan mangsa culik