Sebelum sepenggal, PMX berjaya letak Malaysia jadi 30 ekonomi terbesar dunia

PENTADBIRAN Kerajaan MADANI pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang belum pun sepenggal mentadbir negara berjaya memacu ekonomi Malaysia dalam landasan betul untuk menjadi antara 30 ekonomi terbesar dunia.

Pensyarah Kanan (Ekonomi), Jabatan Pengajian Ekonomi dan Kewangan Fakulti Pengurusan dan Perniagaan UiTM Cawangan Selangor, Nurul Ainun Ahmad Atory berkata, kecekapan mentadbir, kestabilan politik dan sosial, peningkatan daya saing negara dan keyakinan berterusan oleh kerajaan asing serta pelabur luar yang berjaya ditunjukkan oleh Perdana Menteri dan barisan Kabinet MADANI wajar diteruskan untuk penggal seterusannya.

Kata beliau, sewajarnya, Perdana Menteri dan barisan Kabinet dalam Kerajaan MADANI terus diberikan peluang untuk mentadbir Malaysia berbekalkan rekod pentadbiran yang cekap juga mula diyakini oleh sektor perniagaan domestik serta luar negara.

“Dari aspek ekonomi, aspirasi untuk meletakkan Malaysia dalam kelompok 30 ekonomi terbesar dunia bukan sesuatu yang mustahil sekiranya momentum pertumbuhan negara dapat dikekalkan secara konsisten.

“Hakikatnya, Malaysia bukan sahaja perlu berkembang, tetapi harus berkembang dengan lebih pantas, produktif dan berdaya saing berbanding ekonomi pesaing.

“Dalam konteks ini, kestabilan politik, kejelasan dan kesinambungan dasar, tadbir urus yang baik serta keyakinan pelabur domestik dan asing merupakan antara asas penting kepada pertumbuhan ekonomi,” katanya dalam satu kenyataan .

Menurut Nurul Ainun, kekuatan Malaysia sebagai sebuah ekonomi terbuka juga perlu terus dimanfaatkan melalui hubungan ekonomi yang pragmatik dengan kuasa-kuasa ekonomi utama dunia.

Katanya, keupayaan Malaysia mengekalkan hubungan perdagangan dan pelaburan dengan Amerika Syarikat, China, India serta pasaran-pasaran lain membolehkan negara mempelbagaikan sumber pelaburan dan pasaran eksport, di samping memperkukuh kedudukan Malaysia dalam rantaian nilai global.

“Kekuatan pendekatan ekonomi MADANI ialah pertumbuhan tidak seharusnya dinilai daripada angka Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) atau kedudukan ekonomi dunia semata-mata.

“Pertumbuhan yang berkualiti perlu bersifat holistik dengan memastikan peningkatan pelaburan dan aktiviti ekonomi turut diterjemahkan kepada produktiviti yang lebih tinggi, penciptaan pekerjaan berkualiti, peningkatan pendapatan, pengukuhan perusahaan tempatan dan akhirnya peningkatan taraf hidup rakyat,” jelasnya.

Sebelum ini, Tan Sri Abdul Wahid Omar berkata, Malaysia berpotensi menjadi antara 30 ekonomi terbesar dunia sekiranya pertumbuhan tahunan KDNK nominalnya mengatasi negara-negara lain sekurang-kurangnya dua mata peratusan.

Beliau ialah Pengerusi Cypark Resources Bhd, IOI Corporation Bhd, WWF-Malaysia dan MySDG Foundation selain berkhidmat sebagai Pengerusi Bersama Sunway Bhd serta Pro-Canselor Universiti Sains Islam Malaysia.

Pada masa sama, kata Nurul Ainun, Malaysia perlu terus meningkatkan daya saing tanpa mengabaikan kecekapan penggunaan sumber, inovasi hijau, peralihan tenaga dan kelestarian jangka panjang.

Justeru jelasnya, kesinambungan reformasi ekonomi, kestabilan pentadbiran dan keyakinan pelabur perlu terus dipertahankan bagi memastikan momentum yang sedang dibina dapat diteruskan.

Related Posts

Siasatan RCI TH tanpa kompromi, yang bersalah akan dikenakan tindakan – PM

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan melaksanakan siasatan terhadap dapatan Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Tabung Haji (TH) secara tuntas tanpa sebarang kompromi, selaras dengan titah Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Cuti sementara Nurul Izzah tidak jejas PKR – Fahmi

KUALA LUMPUR – Cuti sementara Nurul Izzah Anwar daripada tugas sebagai Timbalan Presiden PKR tidak menjejaskan kelancaran pentadbiran dan operasi parti. Ketua Penerangan PKR, Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata, Majlis…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Siasatan RCI TH tanpa kompromi, yang bersalah akan dikenakan tindakan – PM

Siasatan RCI TH tanpa kompromi, yang bersalah akan dikenakan tindakan – PM

Cuti sementara Nurul Izzah tidak jejas PKR – Fahmi

Cuti sementara Nurul Izzah tidak jejas PKR – Fahmi

Negara Arab banyak hancur kerana ekstremis, Malaysia jangan ulang kesilapan sama – Syeikh Wazir

Negara Arab banyak hancur kerana ekstremis, Malaysia jangan ulang kesilapan sama – Syeikh Wazir

Sebelum sepenggal, PMX berjaya letak Malaysia jadi 30 ekonomi terbesar dunia

Sebelum sepenggal, PMX berjaya letak Malaysia jadi 30 ekonomi terbesar dunia

Dua penjenayah mati ditembak, polis selamatkan mangsa culik

Dua penjenayah mati ditembak, polis selamatkan mangsa culik

Herdman mangsa kritikan lepas Indonesia gagal ke final Piala ASEAN

Herdman mangsa kritikan lepas Indonesia gagal ke final Piala ASEAN