Lelaki miliki heroin, syabu, ketamin dalam cecair vape ditahan

KAMPUNG GAJAH – Cubaan seorang lelaki menyimpan pelbagai jenis dadah termasuk heroin, methamphetamine dan cecair vape disyaki mengandungi ketamin terbongkar selepas diserbu polis di sebuah rumah di Kampung Teluk Saga, di sini, Rabu lalu.

Dalam serbuan kira-kira jam 9.30 malam, 6 Ogos itu, sepasukan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak menahan seorang lelaki Melayu di ruang tamu rumah berkenaan.

Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintenden Hafezul Helmi Hamzah berkata, pemeriksaan lanjut menemukan sembilan paket plastik lutsinar mengandungi bahan disyaki heroin dengan anggaran berat kasar 146.33 gram.

Katanya, polis turut menemukan enam paket plastik lutsinar disyaki methamphetamine seberat 24.70 gram, selain 17 keping aluminium foil mengandungi 170 biji pil disyaki Erimin 5 dengan anggaran berat kasar 53.38 gram.

“Turut dirampas 41 paket plastik bergambar kartun yang setiap satunya mengandungi satu katrij vape berisi cecair disyaki mengandungi dadah jenis ketamin, dengan anggaran berat kasar 360.80 gram dan anggaran isipadu 123 mililiter.

“Keseluruhan bahan yang dirampas dianggarkan bernilai RM29,991.50,” katanya dalam kenyataan media pada Sabtu.

Hafezul Helmi berkata, hasil ujian saringan air kencing mendapati suspek positif dadah jenis methamphetamine.

Susulan tangkapan itu, JSJN Perak turut menyita sebuah kereta Proton Waja, sebuah motosikal Honda RS150 dan wang tunai berjumlah RM3,372.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 15(1)(a) akta sama.

“Suspek direman selama tujuh hari bermula 7 hingga 13 Ogos ini bagi membantu siasatan,” katanya.

Menurut beliau, kejayaan berkenaan hasil kerjasama berterusan antara masyarakat dengan pihak berkuasa dalam menyalurkan maklumat berkaitan kegiatan penyalahgunaan dadah.

Beliau turut menyeru orang ramai supaya terus menyalurkan sebarang maklumat berkaitan aktiviti penyalahgunaan dadah bagi membolehkan tindakan penguatkuasaan dipertingkatkan demi memastikan Perak bebas daripada jenayah berkenaan.

Related Posts

90 tukun tiruan dilabuhkan di perairan Papar, manfaatkan nelayan setempat

PAPAR – Sebanyak 90 unit tukun tiruan dilabuhkan di perairan ini, bagi menyediakan habitat hidupan laut dan mewujudkan kawasan tangkapan yang lebih produktif untuk nelayan setempat. Ahli Parlimen Papar, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca
CIS digesa tetap garis masa pulih bekalan simen di Sabah

KOTA KINABALU – Cement Industries Sabah (CIS) digesa menetapkan garis masa yang jelas bagi memulihkan bekalan simen di seluruh Sabah susulan kekurangan bahan itu yang terus menjejaskan projek pembinaan dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tarik balik kenyataan tidak memadai, persepsi rakyat perlu dipulihkan – Mahfuz

Tarik balik kenyataan tidak memadai, persepsi rakyat perlu dipulihkan – Mahfuz

PN berdepan pembatalan pendaftaran RoS?

PN berdepan pembatalan pendaftaran RoS?

Anwar hormati keputusan Anthony, beri ruang untuk berbincang

Anwar hormati keputusan Anthony, beri ruang untuk berbincang

Permohonan undi pos PRN Melaka bermula hari ini

Permohonan undi pos PRN Melaka bermula hari ini

Proses bina semula Gaza perlu disegerakan

Proses bina semula Gaza perlu disegerakan

ECRL diutamakan, projek rel baharu perlu ikut kemampuan – PM Anwar

ECRL diutamakan, projek rel baharu perlu ikut kemampuan – PM Anwar