36 pusat mengundi dibuka untuk PRK Kinabatangan

KINABATANGAN – Sebanyak 36 pusat mengundi akan dibuka sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen P.187 Kinabatangan. Perkara itu dimaklumkan menerusi Warta Kerajaan bertarikh pada 14 januari 2026.

Menerusi warta tersebut, memaklumkan pusat mengundi berkenaan melibatkan beberapa daerah mengundi utama termasuk Kota Kinabatangan, Bukit Garam, Lamag, Sukau, Kuamut dan Tongod, merangkumi kawasan bandar, luar bandar serta pedalaman.

Kebanyakan pusat mengundi ditempatkan di sekolah rendah dan menengah kebangsaan serta dewan awam dengan waktu pengundian bermula seawal pukul 7.30 pagi dan berakhir antara pukul 1.00 tengah hari hingga pukul 5.30 petang bergantung kepada lokasi pusat mengundi.

Terdahulu, Suruhajaya Pilihan Raya (SPR) telah menetapkan pengundian awal pada hari ini di Ibu Pejabat Polis Daerah Kinabatangan bagi pengundi awal yang layak, manakala hari pengundian pada 24 Januari ini.

PRK Parlimen Kinabatangan menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara Mohd Kurniawan Naim Moktar mewakili BN, Saddi Abdul Rahman, Warisan dan Goldam Hamid, bebas.

Pengundi dinasihatkan supaya menyemak lokasi pusat mengundi masing-masing lebih awal dan keluar mengundi bagi menunaikan tanggungjawab demokrasi, dengan semakan boleh dibuat melalui pautan rasmi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di https://mysprsemak.spr.gov.my/semakan/daftarPemilih.

Related Posts

Sindiket proses dadah bentuk cecair untuk vape dikesan di Sabah

KOTA KINABALU – Polis Sabah mendedahkan kewujudan modus operandi baharu penyalahgunaan dadah apabila sindiket dikesan memproses bahan terlarang dalam bentuk cecair untuk digunakan menerusi vape. Pesuruhjaya Polis Sabah, CP Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Keluar PKR, Rafizi dan Nik Nazmi belum habis merajuk

KUANTAN – Tindakan Rafizi Ramli dan Nik Nazmi Nik Ahmad keluar PKR dan mengetuai Parti Bersama Malaysia (Bersama) menunjukkan kedua bekas pemimpin parti itu masih merajuk. Ketua Cabang PKR Paya…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sindiket proses dadah bentuk cecair untuk vape dikesan di Sabah

Sindiket proses dadah bentuk cecair untuk vape dikesan di Sabah

Keluar PKR, Rafizi dan Nik Nazmi belum habis merajuk

Keluar PKR, Rafizi dan Nik Nazmi belum habis merajuk

KePKAS pandang serius gajah Pygmy cedera belalai

KePKAS pandang serius gajah Pygmy cedera belalai

Kastam Sabah tumpaskan cubaan edar dadah lebih RM3 juta menerusi perkhidmatan kurier

  • By Ynom
  • May 20, 2026
Kastam Sabah tumpaskan cubaan edar dadah lebih RM3 juta menerusi perkhidmatan kurier

Lebih 2 juta kenderaan dijangka guna lebuh raya mulai Jumaat

Lebih 2 juta kenderaan dijangka guna lebuh raya mulai Jumaat

Naik taraf rumah pengebumian Cina Jalan Feeder tingkat kemudahan komuniti

Naik taraf rumah pengebumian Cina Jalan Feeder tingkat kemudahan komuniti